JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengeluarkan notis panggil balik (recall) melibatkan 8,322 unit kenderaan jenama Kia, Yamaha dan Mercedes-Benz.
Panggil balik itu dibuat berikutan isu struktur, sistem, dan komponen keselamatan yang berpotensi membawa risiko kemalangan.
Senarai Model Kenderaan Terlibat
Berikut perincian model yang terlibat dalam proses panggil balik:
- Kia Rio UB: 5,123 unit
- Yamaha Tenere 700, Tracer 9GT, MT09: 3,167 unit
- Mercedes-Benz S-Class, GLC, AMG SL, EQS, EQE: 32 unit
Isu Keselamatan, Komponen Terlibat
JPJ menjelaskan panggil balik itu penting untuk mengelakkan sebarang risiko keselamatan, terutama kerosakan pada sistem struktur, alat ganti atau sistem dalaman kenderaan yang boleh mengundang kemalangan jika tidak ditangani.
Pemilik akan Dihubungi, Kos Ditanggung Penuh
Menurut kenyataan rasmi;
- Pemilik kenderaan terlibat akan dihubungi pengeluar untuk penyelarasan slot pemeriksaan dan pembaikan.
- Semua kos gantian komponen ditanggung pengeluar sepenuhnya.
- Pemeriksaan dan baik pulih akan dijalankan di pusat servis sah jenama masing-masing.
Pemilik juga boleh hadir sendiri ke mana-mana pusat jualan atau perkhidmatan terdekat untuk maklumat lanjut.
Komitmen JPJ Pantau Proses, Jamin Keselamatan
JPJ menegaskan:
Memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited memastikan semua unit kenderaan terlibat menjalani pemeriksaan serta disahkan selamat."
Pengguna digesa memberikan kerjasama penuh dan membuat janji temu segera bagi memastikan keselamatan mereka dan pengguna jalan raya lain tidak terjejas.
SUMBER: FB JPJ
Leave a Reply