• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Pagani Huayra Codalunga Speedster dengan Enjin V12 6.0L Turbo Kembar Berkuasa 864hp

Pagani Huayra Codalunga Speedster dengan Enjin V12 6.0L Turbo Kembar Berkuasa 864hp

July 9, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Pagani Huayra Codalunga Speedster
PAGANI Huayra Codalunga Speedster ialah kereta hiper bumbung terbuka (open air) yang melambangkan keseimbangan sempurna antara rekabentuk elegan dan prestasi berkuasa.

Model itu adalah terjemahan speedster kepada versi coupé yang sebelum ini memenangi Anugerah Rekabentuk di Concorso d’Eleganza Villa d’Este 2023.

Divisyen khas Pagani, Grandi Complicazioni, bertanggungjawab dalam kelahiran model tersebut yang bermula dengan lakaran daripada pengasas dan Ketua Pereka, Horacio Pagani sendiri, sebagai tribut kepada pelanggan yang mahukan gabungan keanggunan bentuk dan prestasi tangkas.

Hanya 10 unit Pagani Huayra Codalunga Speedster akan dibina, dan semua unit itu akan dihomologasi sepenuhnya untuk kegunaan jalan raya seluruh dunia. Penghantaran pertama dijangka bermula pada 2026 (tahun depan).

Asal Usul Rekabentuk

Ketua Pereka, Lorenzo Kerkoc
Pagani Huayra Codalunga Speedster

Ketua Grandi Complicazioni, Lorenzo Kerkoc menjelaskan Pagani Huayra Codalunga Speedster datang daripada jentera lumba 1950-an dan 60-an.

Ketika itu, jentera lumba menggabungkan prestasi dan kecantikan yang bukan saja laju, ringan serta anggun, tetapi juga direka teliti dengan garisan klasik. Namun kecekapan kemudian mula mengatasi keanggunan.

Menerusi Huayra Codalunga Speedster, Pagani mahu kembali ke era tersebut dengan membuang komponen aerodinamik tambahan dan salur udara sisi berlebihan.

Alasannya, Pagani mahukan bentuk yang kemas dan tirus untuk membelah angin dengan senyap bagi menghasilkan Pagani yang unik, dengan rekabentuk yang mengutamakan keringanan dan keanggunan.

Rekabentuk Luaran

Pagani Huayra Codalunga Speedster mengambil ilham gaya model coupé yang direka semula untuk menjadi lebih aerodinamik dan tulen.

Model itu tampak unik berbanding Pagani bumbung terbuka lain yang bermula dengan penggunaan struktur monokok serba baharu.

Bahagian Depan

Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
  • Lampu depan ditempatkan kemas dalam badan kereta.
  • Bampar mempunyai spliter bersepadu yang membantu mengarahkan aliran udara dengan sangat tepat.
  • Cermin depan rendah dan melengkung lembut bersambung cantik dengan bentuk keseluruhan kereta yang kelihatan lebih nipis dan seimbang.

Sisi

Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
  • Tingkap sisi diinspirasikan daripada kereta lumba zaman dahulu. Ia berbentuk lebih rendah dengan tepi belakang yang sedikit bulat.
  • Reka bentuk ini menonjolkan garisan tirus kereta dan mencerminkan falsafah speedster sepenuhnya, memberikan rasa ringan dan bergerak ke hadapan.
  • Pintu kereta menggunakan bukaan tradisional, sesuai dengan reka bentuk yang ringkas. Bilah aerodinamik disepadukan pada bahagian ini.
  • Sisi bawah kereta, dari pintu hingga ke belakang, mempunyai reka bentuk yang berterusan dan tidak terputus. Tiada bukaan udara yang kelihatan. Ini kerana udara disalurkan melalui salur naca yang tersembunyi di bawah kereta.

Bumbung

Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
  • Bumbung keras panoramik ialah ciri baharu yang menonjol.
  • Apabila dipasang, ia mencipta garisan berterusan dari cermin depan hingga belakang.
  • Dari atas, bumbung kelihatan seperti bentuk titisan air sempurna, dengan pilar sisi yang menyerlah.
  • Bahagian lut sinar bumbung dibuat daripada polikarbonat yang mengurangkan berat tanpa menjejaskan kekuatan.

Belakang

Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster

Bar Oleng (Roll Bar)

  • Antara bumbung dan bahagian belakang kereta.
  • Bukan sekadar untuk keselamatan, tetapi juga ciri rekabentuk menonjol.
  • Mengikut warna badan kereta dan bersambung terus ke dalam kabin.
  • Dari situ, warna seakan menerus ke bawah, terowong tengah, tuas gear, dan papan pemuka, serta mewujudkan kesinambungan warna cantik, yang menghubungkan luaran dengan dalaman kereta.

Hud Belakang dan Bampar

  • But belakang menonjolkan lagi belakang kereta yang mesra aerodinamik dengan bampar menggabungkan difuser dan dua sirip aerodinamik.

Lampu

  • Lampu belakang kelihatan tergantung, seakan terapung di udara untuk memberikan kesan cahaya dan keringanan tulen.

Ekzos

  • Sistem ekzos baharu enam salura  dilengkapi paip titanium di bawah dan saluran bersalut seramik di atas yang melengkapkan gaya teknikal dan estetik kereta.

Rekabentuk luaran itu dioptimum untuk aliran udara melalui simulasi dinamik bendalir berkomputer (CFD) bagi memastikan agihan beban aerodinamik seimbang antara gandar, mengurangkan seretan dan meningkatkan prestasi.

Bahagian Dalaman

Pagani Huayra Codalunga Speedster

Mengambil ilham gaya dari era 1960-an, dengan kemasan tidak berkilat (semi matte) yang menggabungkan cara pembuatan tradisional dengan teknik moden dab menghasilkan perincian jitu serta kemas.

Kokpit

Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
  • Stereng dan tombol gear mengingatkan kepada jentera lumba klasik.
  • Frem gentian karbon, dengan hiasan mahogani, dan rivet aluminium yang diketuk serta digilap tangan.
  • Ruang kabin direka untuk memberikan rasa tenang dan selesa.

Bahan

  • Kulit dihasilkan melalui ketukan dan jahitan tangan boleh dipadankan dengan pelbagai jenis dan kemasan.
  • Ini membolehkan gabungan warna dan tekstur yang unik dan istimewa, semuanya direka khas untuk setiap pelanggan.
  • Bahagian logam padu yang dibentuk menjadi seperti ukiran kecil, menunjukkan ketelitian tangan seorang artisan, seolah-olah dipahat perlahan-lahan.

Fabrik Eksklusif

Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
  • Fabrik unik dicipta dengan sulaman istimewa, membawa gaya fesyen mewah ke dalam kereta.
  • Corak ini diilhamkan daripada simbol ekzos empat Pagani.
  • Ia terbentuk daripada sejumlah bulatan saling bertindih. Hasilnya ialah tekstur rapat dan corak berulang.
  • Setiap sulaman mempunyai lebih 450,000 jahitan individu buatan tangan, dan menghiasi kerusi, panel pintu, dan konsol tengah kereta.

Enjin dan Prestasi

Pagani Huayra Codalunga Speedster dikuasakan Pagani V12 60°, enjin 5,980cc turbo kembar yang dibangunkan secara eksklusif dengan Mercedes-AMG.

  • Output kuasa 864hp @ 6,000rpm dan tork 1,100Nm @ 2,800rpm
  • Transmisi Xtrac horizontal 7-kelajuandengan pilihan transmisi manual automtik (AMT) atau manual.
  • Sistem ekzos titanium enam paip mengurangkan berat dan menghasilkan bunyi tersendiri yang menjadi ciri utama setiap ciptaan Pagani.

Kejuruteraan dan Pemanduan

Kereta hiper ini dibina berasaskan casis monokok Carbo-Titanium HP62-G2 dan Carbo-Triax HP62 untuk kekukuhan struktur dan keselamatan.

  • Sistem suspensi aktif daripada aloi aluminium tempa yang menggunakan konfigurasi independan double wishbone, dengan spring kadar variabel dan absorber sepaksi (coaxial) yang menyesuaikan dengan situasi pemanduan.
  • Sistem brek karbon seramik daripada Brembo untuk kuasa, ketepatan, dan ketahanan bawah tekanan melampau.
  • Brek cakera 410 x 38mm dengan kaliper monolitik 6-piston (depan)
  • Brek cakera 390 x 34mm dengan kaliper 4-piston (belakang)
  • Rim Avional Monolithic 20 inci dengan tayar Pirelli Trofeo R 265/30 R20 (depan) dan 21 inci dengan tayar 355/25 R21 (belakang)

Spesifikasi Teknikal

  • Dimensi panjang 4,912mm, lebar 2,050mm, dan tinggi 1,174mm, manakala jarak roda 2,795mm
  • Berat kering 1,270kg
  • Enjin Pagani V12 60° 5,980cc turbo kembar dibangunkan bersama Mercedes-AMG
  • Transmisi  Xtrac horizontal 7-kelajuan dalam pilihan AMT atau manual
  • Output kuasa 864hp @ 6,000rpm, dan tork 1,100Nm @ 2,800rpm
  • Pacuan roda belakang (RWD)
  • Casis monokok Carbo-Titanium HP62-G2 dan Carbo-Triax HP62
  • Suspensi double-wishbone independan depan dan belakang, aloi aluminium tempa, spring kadar variabel, absorber aktif sepaksi
  • Brek cakera 410 x 38mm karbon-seramik Brembo dengan kaliper monolitik 6-piston (depan), dan brek cakera 390 x 34mm, dengan kaliper 4-piston (belakang)
  • Rim Avional Monolithic 20 inci (depan) dan 21 inci (belakang)
  • Tayar Pirelli Trofeo R 265/30 R20 (depan) dan 355/25 R21 (belakang)
  • Kelajuan maksimum 350kmj, dihadkan secara elektronik
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster
Pagani Huayra Codalunga Speedster

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: hypercar, Kereta Hiper, Pagani, Pagani Huayra, Pagani Huayra Codalunga, Pagani Huayra Codalunga Speedster, Roda4, Supercar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev