• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / ExoMount Touch CD - Jenis Pemegang Telefon Pintar Terbaik, Praktikal

ExoMount Touch CD - Jenis Pemegang Telefon Pintar Terbaik, Praktikal

July 14, 2017 By Han Othman 1 Comment

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda pemandu teksi, GrabCar atau Uber, ataupun pemandu biasa yang memang sedang mencari pemegang (holder) telefon pintar dalam kereta, anda mungkin boleh berkira-kira membeli jenama ExoGear sebagai pilihan. Jenama ini ialah pengeluar yang memang menumpukan kepada pembuatan pemegang dan pengecas telefon pintar dalam kereta berkualiti tinggi.

Di bawah ini ialah produk ExoMount Touch CD yang menjadikan slot cakera padat (CD) sebagai ruang khas untuk memasukkan pemegang telefon. Di luar sana memang ada banyak produk pemegang telefon, antaranya jenis klip ventilator penyaman udara, klip magnetik, pelekap cermin dan pelekap atas papan pemuka. ExoGear sendiri ada menawarkan beberapa jenis pemegang telefon seperti dinyatakan tersebut.

Namun, kenapa kami memilih pemegang telefon jenis slot CD sebagai paling terbaik?

BACA >>> DIY Pemegang Telefon Bimbit Buat Mereka yang Jimat Cermat (Kedekut)

1. POSISI PALING SELAMAT


Konsol tengah ialah kawasan paling selamat dan kurang memberikan gangguan kepada pemandu. Malah, unit infotainment sebagai head unit kereta moden hari ini pun turut diletakkan di konsol tengah kerana lebih mudah dilihat dan dicapai.

2. MUDAH DILIHAT PEMANDU & PENUMPANG


Jika anda terlalu mementingkan privasi (takkanlah tengok GPS pun nak privasi?), anda mungkin boleh lupakan ExoMount Touch CD kerana paparan pemegang telefon ini mudah dilihat pemandu dan penumpang.

Faedahnya, ada interaksi antara anda dan penumpang, di mana penumpang boleh beraksi sebagai co-pilot. Jadi, tidaklah suasana dalam kereta senyap dan sunyi saja, terutama jika memandu jauh.

3. MESRA UBER DAN APLIKASI TUMPANG KERETA

ExoMount Touch CD sangat sesuai buat pemandu Uber, di mana kiraan tambang dibuat berdasarkan jarak destinasi dan masa memandu. Posisi pemegang di tengah memudahkan penumpang di sebelah atau belakang melihat berapa tambang yang dikenakan. Anda bukan saja dilihat transparen, tetapi juga praktikal dan profesional.

4. UNIT HIBURAN SEKELUARGA

Jika anda mahu jadikan telefon tablet atau telefon biasa (jika saiz bukan prioriti) sebagai unit hiburan buat penumpang dalam kereta, anda boleh memilih pemegang jenis ini ataupun ExoMount Tablet S CD yang memang direka khas untuk telefon tablet bersaiz 6-8-inci.

BACA >>> #RetroAuto: Sejarah Ringkas Radio Kereta yang Perlu Anda Tahu

5. STABIL DAN RETI 'DUDUK DIAM'

Sesetengah pemegang telefon yang jauh lebih murah - jenis lekap (gambar atas) - mempunyai tangkai yang terlalu panjang. Masalahnya, tangkai itu tidak reti 'duduk diam' dan sentiasa bergoyang-goyang apabila anda memandu, terutama apabila melalui permukaan jalan berbonggol atau tidak rata, sekali gus mengganggu pemanduan.

ExoMount Touch CD pula lebih stabil kerana tiada tangkai yang terkeluar melampau panjang untuk memegang telefon pintar anda. Ia tidak ubah seperti sebuah kereta sport yang lowered. 

6. OPTIMUM RUANG


Hari ini tidak ramai orang membeli CD semata-mata untuk menikmati lagu-lagu penyanyi kegemaran mereka. Masing-masing lebih suka mendengar radio. Apatah lagi sistem audio kereta masa kini membolehkah anda menyimpan ribuan lagu dalam pemacu USB dan cakera keras (HDD) dalam head unit. Anda bukan saja boleh menyimpan lagu-lagu penyanyi kesayangan, tetapi juga penyanyi popular lain.

Walaupun CD semakin tidak relevan, tetapi slot pemain CD masih ditawarkan kebanyakan kereta hari ini. Kenapa membazir sesuatu yang anda tidak gunakan? Inilah masanya tukarkan slot CD kereta anda menjadi pemegang telefon ExoMount Touch CD.

7. MUDAH MENGECAS

Tidak dapat dinafikan, kedudukan tengah ialah kawasan paling mudah mengecas telefon pintar anda. Ini kerana kebanyakan pengeluar memang menempatkan port mengecas di sepanjang konsol gear atau head unit. Jadi, kabel standard sudah memadai untuk mengecas, tidak perlu beli lagi kabel lebih panjang. Nampak lebih kemas bukan?

Related

163
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori Tagged With: aksesori, ExoGear, ExoMount Touch CD, pemegang telefon, phone holder

Comments

  1. gc says

    July 17, 2017 at 7:26 PM

    terima kasih tuan
    only pandulaju site i learn a lot of things and info
    again thank you in advance

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev