• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hot Wheels x Proton Perkenal Diecast Proton Saga Edisi Aniversari ke-40!

Hot Wheels x Proton Perkenal Diecast Proton Saga Edisi Aniversari ke-40!

July 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Hot Wheels x Proton keluar diecast Proton Saga edisi ke-40 tahun
TAHUN ini menyaksikan detik penuh kebanggaan apabila Proton meraikan ulang tahun ke-40 model ikonik negara, Proton Saga. Model ini bukan saja merentasi generasi tetapi melakar sejarah dan hati rakyat Malaysia sejak 1985.

Sempena memperingati detik bersejarah itu, Hot Wheels x Proton kembali dengan edisi istimewa yang pasti mencuri perhatian peminat kereta miniatur dan pengumpul setia.

Proton Saga Diecast Edisi Terhad Sempena Ulang Tahun ke-40

Koleksi 40th Anniversary Saga edisi terhad kini dilancarkan dalam warna eksklusif sempena ulang tahun ke-40. Ia bukan sekadar mainan, tetapi simbol warisan automotif negara yang diberi nafas baharu melalui rekabentuk kreatif dan penuh makna.

Direka Kanak-Kanak 9 Tahun dari Pulau Pinang

Menariknya, rekaan eksklusi itu adalah hasil sentuhan istimewa seorang kanak-kanak 9 tahun dari Pulau Pinang, Saw Jane Harn yang juga juara pertandingan Hot Wheels x Proton Kids Design Competition 2023.

Rekaan itu mengetengahkan elemen budaya dan kebanggaan Malaysia:

  • Burung Kenyalang: Simbol keberanian dan kebijaksanaan
  • Bunga Raya: Bunga kebangsaan yang melambangkan perpaduan dan semangat Malaysia

Gabungan dua ikon tersebut menjadikan model itu lebih daripada sekadar diecast, tetapi karya seni miniatur penuh jiwa Malaysia.

Kini Tersedia Seluruh Negara Tapi Stok Terhad

Model diecast Proton Saga edisi khas itu kini boleh didapati di:

  • Kedai khas mainan terpilih
  • Gedung serbaneka dan pasar raya besar
  • Kedai serbaneka dan stesen minyak seluruh negara

Stok adalah terhad, jadi pastikan anda mendapatkan model berkenaan sebelum stok habis.

Saga: Ikon Automotif Malaysia Sejati

Sejak diperkenalkan pada 9 Julai 1985, Proton Saga bukan sekadar kereta pertama negara, tetapi juga lambang kemajuan, kecekalan dan pencapaian Malaysia dalam industri automotif.

Edisi diecast itu menandakan spenghormatan terhadap perjalanan epik selama empat dekad dan menjadi jambatan yang menghubungkan generasi lama dan baharu melalui warisan automotif yang kita banggakan bersama.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Diecast, Diecasts, Hot Wheels X Proton, Proton Saga

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my