• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Lesen GDL, PSV Digantung Serta-Merta Jika Terlbat Kemalangan

JPJ: Lesen GDL, PSV Digantung Serta-Merta Jika Terlbat Kemalangan

July 7, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil langkah lebih tegas dalam meningkatkan tahap keselamatan jalan raya apabila mengumumkan tindakan menggantung lesen pemandu kenderaan perdagangan yang terlibat kemalangan sementara menunggu hasil siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, jika siasatan mendapati pemegang lesen seperti Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) atau Lesen Kenderaan Barangan (GDL) bersalah, lesen mereka akan dibatalkan serta-merta.

Wajib Hadir Program Latihan Semula Jika Mahu Lesen Aktif

JPJ juga menetapkan mana-mana pemandu yang digantung lesen perlu menjalani Program Latihan Semula sebelum lesen boleh dikembalikan atau dikeluarkan dari senarai penggantungan.

Program ini akan dikendalikan JPJ di lokasi terpilih dan pemandu perlu membayar fi bagi menampung kos latihan."

Kes Kemalangan Serius Sudah Diambil Tindakan

Setakat ini, lima pemandu perdagangan sudah digantung lesen disebabkan kemalangan seperti:

  • Kes lori Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak
  • Kemalangan bas melanggar pengadang ketinggian di Nilai, Negeri Sembilan

Jika siasatan mendapati pemandu tidak bersalah, JPJ akan menerima balik penggantungan tersebut.

Kompaun Tali Keledar: 510 Notis Dikeluarkan Sejak 1 Julai

Dalam perkembangan lain, JPJ turut mengumumkan 510 notis kompaun dikeluarkan sejak penguatkuasaan pemakaian tali keledar secara berperingkat kepada bas ekspres, bas persiaran dan kenderaan barangan bermula 1 Julai lalu.

Perincian kompaun:

  • 80 notis terhadap pemandu
  • 396 notis terhadap penumpang dan kelindan
  • Selebihnya melibatkan kesalahan tidak menyediakan atau tidak memakai tali keledar belakang

JPJ turut mengingatkan pemandu bas ekspres akan dikenakan tindakan jika penumpang gagal memakai tali keledar. Ini adalah tanggungjawab pemandu untuk mengingatkan penumpang sebelum perjalanan bermula.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gantung Lesen, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), Lesen Kenderaan Barangan (GDL), tali pinggang keledar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev