• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / GWM Malaysia Kukuh dalam Pasaran SUV Hibrid, Haval H6 HEV Jadi Tarikan Utama!

GWM Malaysia Kukuh dalam Pasaran SUV Hibrid, Haval H6 HEV Jadi Tarikan Utama!

July 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

GWM Haval H6 HEV catat ASEAN Records
GREAT Wall Motor (GWM) Malaysia terus memperkukuh kedudukaa dalam industri automotif tempatan apabila mencatatkan pertumbuhan jualan dua angka tahun ke tahun, hasil permintaan kukuh terhadap Haval H6 HEV yang semakin mendapat tempat di hati pengguna Malaysia.

Sejak pelancaran rasmi operasi pada Julai 2022, GWM Malaysia menunjukkan prestasi memberansangkan yang didorong barisan kenderaan berteknologi tinggi dan komitmen kukuh dalam strategi tenaga boleh diperbaharui.

Haval H6 HEV: SUV Hibrid Pilihan Rakyat Malaysia

GWM Haval H6 HEV catat ASEAN Records 2025

Model Haval H6 HEV menjadi tunjang utama kejayaan GWM di Malaysia dengan rekod jualan yang mencerminkan penerimaan positif pengguna terhadap teknologi hibrid termaju. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu bukan saja menawarkan rekabentuk moden dan agresif tetapi turut dipadankan prestasi yang menggabungkan kuasa enjin petrol dan motor elektrik untuk pemanduan cekap dan mesra alam.

Kombinasi teknologi pintar, ruang kabin luas, sistem infotainment canggih, dan pelbagai ciri keselamatan aktif dan pasif, menjadikan H6 HEV antara pilihan utama dalam segmen SUV hibrid di Malaysia.

Komitmen GWM Terhadap Mobiliti Hijau, Teknologi Masa Depan

GWM Haval H6 HEV lancar di Malaysia
GWM Haval H6 HEV lancar di Malaysia

Sebagai syarikat teknologi global, GWM tidak hanya menumpukan kepada jualan kenderaan semata-mata, tetapi juga berperanan aktif dalam pembangunan teknologi tenaga bersih seperti tenaga hidrogen dan solar.

Di Malaysia, operasi GWM diterajui visi untuk:

  • Mewujudkan tenaga boleh baharu
  • Mengintegrasikan kecerdasan buatan
  • Menyediakan pengalaman pemanduan baharu

Strategi tersebut sejajar pelan hala tuju Kerajaan ke arah peralihan kepada mobiliti mampan dan elektrifikasi automotif menjelang dekad akan datang.

GWM Malaysia: Pemain Baharu dengan Arah Tuju Jelas

Logo GWM Motor

Walaupun masih baharu di pasaran Malaysia, GWM menunjukkan potensi besar untuk berkembang sebagai peneraju dalam segmen SUV elektrik dan hibrid.

Dengan barisan produk yang semakin berkembang, dan sokongan pusat servis dan jualan yang terus diperluas, GWM komited untuk menjadi jenama automotif pilihan rakyat Malaysia.

Kami percaya gabungan teknologi canggih dan reka bentuk futuristik akan terus mendorong minat pengguna terhadap GWM. HAVAL H6 HEV hanyalah permulaan kepada barisan produk yang akan mengubah landskap automotif tempatan," kata jurucakap GWM Malaysia.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Great Wall Motor (GWM), GWM Haval H6 HEV, GWM Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my