• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Alpine A290 Rallye 2026: EV Prestasi Tinggi yang Khas untuk Perlumbaan Pelanggan!

Alpine A290 Rallye 2026: EV Prestasi Tinggi yang Khas untuk Perlumbaan Pelanggan!

July 4, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

ALPINE A290 Rallye 2025
ALPINE A290 Rallye, iaitu kenderaan elektrik (EV) pertama yang direka khas untuk perlumbaan pelanggan, bersedia ditampilkan buat kali pertama kepada umum.

Pembangunan A290 Rallye dikendalikan Alpine yang berpangkalan di Viry-Châtillon, suburban Paris, dan pemasangan akan dibuat di bengkel perlumbaan di kilang Manufacture Alpine Dieppe Jean Rédélé.

Alpine A290
Alpine A290 Rallye 2026

Direka untuk Perlumbaan Elektrik

Alpine A290 Rallye 2026 adalah akses masuk kepada perlumbaan elektrik, dan direka selaras peraturan rali terkini. Model itu dibina dengan DNA perlumbaan Alpine yang diasaskan pengasas Alpine, Jean Rédélé.

Tujuannya adalah mempamerkan kebolehan serba boleh kereta itu dalam pelbagai acara, dari perlumbaan satu model hingga perlumbaan terbuka.

Bagi memberi peluang kepada pelanggan berlumba, cabaran rali tunggal akan dianjurkan di Perancis, tahun ini.

Peserta akan menerima sokongan teknikal dan sukan permotoran peringkat tinggi, dengan hadiah khusus untuk pasangan pemandu dan jurupandu arah paling cemerlang.

Di semua acara khusus, padok bertema Alpine akan disediakan lengkap dengan infrastruktur pengecasan. Sistem pengecasan itu akan menggunakan pelbagai teknologi bekalan tenaga mesra alam, bergantung lokasi. Selain itu, A290 Rallye juga boleh bersaing secara bebas dalam pertandingan tempatan.

Persediaan Lumba yang Menyeluruh

Pembangunan Alpine A290 Rallye 2026 memberi tumpuan utama pemandu dan jurupandu arah yang dilengkapi ciri keselamatan terkini:

  • Frem keselamatan dikimpal.
  • Kerusi buket Sabelt.

Kedua-dua ciri itu mematuhi peraturan Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) terkini. Aspek prestasi pula seperti berikut:

  • Motor elektrik menjana output kuasa 160kW (220hp) dan tork 300Nm.
  • Kuasa dihantar ke gandar depan dengan bantuan diferensial gelincir terhad (LSD) ZF untuk prestasi unggul.
  • Kotak gear dan sistem pengurusan elektronik dikemas kini.
  • Sistem pemantauan elektrik terkini memastikan penggunaan teknologi EV optimum.
  • Kapasiti bateri 52kWh (400V DC).
Alpine A290 Rallye 2026
Alpine A290 Rallye 2026

Sistem brek pula setanding kereta rali terbaik semasa:

  • Brek cakera 350mm dengan kaliper monoblok 6-piston (depan)
  • Brek cakera 280mm dengan kaliper piston tunggal (belakang)
  • Dikawal Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) khas lumba Alpine Racing
  • Sistem brek disepadu brek tangan hidraulik

Alpine A290 Rallye 2026 dibina berasaskan casis Alpine A290 standard sedia ada, dengan running gear diadaptasi Alpine Racing untuk perlumbaan.

Ia dilengkapi sistem suspensi khas dengan absorber ALP Racing Suspension, dan rim EVO Corse 8x18 inci yang dipadankan tayar Michelin Pilot Sport A.

Menariknya, sistem inovatif baharu membolehkan A290 Rallye menghasilkan bunyi sepadan kelajuan kereta dan tekanan pada pedal minyak.

Ini meningkatkan pengalaman memandu dan tontonan. Alpine A290 Rallye 2026 ditawarkan pada harga €59,990 (RM298,070), tidak termasuk cukai VAT.

Alpine A290 Rallye 2026
Alpine A290 Rallye 2026 dan Alpine A290
Alpine A290 Rallye 2026
Alpine A290
Alpine A290 Rallye 2026
Alpine A290 Rallye 2026
Alpine A290 Rallye 2026
Alpine A290 Rallye 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Alpine, Alpine A290, Alpine A290 Rallye, Jean Rédélé, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
    RCB Lancar Kempen Cabutan Bertuah Bernilai RM200,000 Sempena Ulang Tahun ke-30
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev