• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apa Barangan Menarik Boleh Bawa Balik dari AOS 2025?

Apa Barangan Menarik Boleh Bawa Balik dari AOS 2025?

July 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Art of Speed (AOS) 2025
ART of Speed (AOS) 2025 bukan sekadar festival permotoran dan seni jalanan terbesar di Malaysia, tetapi turut menjadi syurga beli-belah bagi pengunjung yang mahu mendapatkan koleksi barangan (merchandise) eksklusif dan kolaborasi edisi terhad.

Dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa bergabung tenaga, edisi tahun ini membawa pelbagai koleksi merchandise yang bukan saja bergaya tetapi mempunyai nilai koleksi tinggi.

Berikut barangan yang wajib anda buru di AOS 2025 yang berlangsung 26 dan 27 Julai ini di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS):

Art of Speed x Hot Wheels Collection: Eksklusif dan Pertama di Asean!

Art of Speed (AOS) 2025 - Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM)

Antara tarikan utama adalah pelancaran edisi konvensyen 'kiri & kanan' pertama Hot Wheels di Asia Tenggara daripada Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) ke-3.

Art of Speed (AOS) 2025 - Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM)

  • Model utama Porsche 911 Carrera RS 3.8 (kiri), model yang menghadap ke kiri di dalam kotak, sangat jarang ditemui.
  • Dengan setiap pembelian model itu, pembeli akan menerima percuma Porsche 911 GT3 (kanan) sebagai set eksklusif dua dalam satu.
  • Koleksi itu pasti mencuri perhatian peminat tegar Hot Wheels dan pengumpul diecast serantau.

Selain itu, turut dijual koleksi pakaian bertema Hot Wheels seperti:

Art of Speed (AOS) 2025 - Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM)
Art of Speed (AOS) 2025 - Hot Wheels Collectors Convention Malaysia ke-3 (HWCCM)
  • Jaket lumba dan hoodie gaya litar
  • Kemeja-T, jersi dan baju kanak-kanak, sesuai untuk seisi keluarga
  • Topi, lencana pin (button badge), stokin dan botol air, yang semua direka khas sempena AOS 2025

Art of Speed x Fung Keong: Gabungan Ikonik Kasut Lagenda dan Budaya Kustom

Art of Speed (AOS) 2025 - Fung Keong

Jenama kasut tempatan Fung Keong turut tidak ketinggalan mempersembahkan rekaan kasut edisi khas AOS 2025.

Art of Speed (AOS) 2025 - Fung Keong
Art of Speed (AOS) 2025 - Fung Keong
  • Warna asas hitam elegan dengan pilihan tali kasut ungu atau hitam.
  • Kotak kasut edisi eksklusif warna jingga dan ungu, dengan pembungkusan sebagai karya seni tersendiri.

Koleksi itu bukan sekadar untuk dipakai, tetapi sesuai dijadikan koleksi langka buat peminat sneaker di Malaysia.

Art of Speed x High Cultured: Streetwear Tempatan Jiwa Global

Art of Speed (AOS) 2025 - High Cultured

Kolaborasi bersama jenama High Cultured membawakan sentuhan gaya jalanan moden yang sesuai untuk semua generasi. Pilihan barangan ialah:

  • Kemeja-T-shirt dan kemeja lengan panjang dengan grafik eksklusif
  • Jersi berkolar dan jaket lumba dengan rekaan moden dan selesa.

Direka untuk peminat fesyen yang mahukan gaya AOS tersendiri.

Art of Speed x XOCKS: Stokin Edisi Terhad Untuk Kolektor Sebenar

Jenama XOCKS hadir dengan stokin edisi terhad khas untuk AOS 2025.

  • Rekaan: Putih bersih dengan jalur hitam klasik.
  • Sesuai dipadankan dengan kasut Fung Keong edisi AOS atau sekadar sebagai barangan koleksi.

Art of Speed x MOONEYES: Sambutan 10 Tahun Penuh Gaya

Art of Speed (AOS) 2025 - MOONEYES

Menandakan sedekad kolaborasi bersama MOONEYES, jenama dari Jepun yang tidak asing dalam dunia kustom memperkenalkan koleksi khas seperti:

Art of Speed (AOS) 2025 - MOONEYES

  • Hoodie dan sweatshirt gaya klasik
  • Rantai kunci dan topi  logo ikonik MOONEYES

Peminat MOONEYES pasti tidak mahu melepaskan peluang memiliki koleksi ulang tahun itu.

Art of Speed x MotorTakaful: Bergaya dan Berinsurans!

Art of Speed (AOS) 2025 - MotorTakaful

Jenama insurans motosikal MotorTakaful tampil dengan koleksi berangan yang selesa dan praktikal:

  • Kemeja-T-shirt kain kapas berkualiti tinggi.
  • Rantai kunci dan beg bimbit sulam (woven tote bag), yang mudah dibawa, praktikal dan tetap bergaya.

Barang Rare, Gaya Luar Biasa!

AOS 2025 bukan saja medan pameran kereta dan motosikal kustom, tetapi juga medan ekspresi diri melalui koleksi barangan ditawarkan.

Sama ada anda peminat fesyen jalanan, pengumpul Hot Wheels, atau sekadar mahu membawa pulang kenangan dari acara itu, barangan edisi terhad AOS 2025  wajib dimasukkan dalam senarai belian!

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: AOS2025, Art of Speed (AOS) 2025, Auto Terkini, Merchandise AOS2025, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev