• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenapa Wajib Datang AOS 2025 Walaupun Bukan Peminat Kereta?

Kenapa Wajib Datang AOS 2025 Walaupun Bukan Peminat Kereta?

July 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Art of Speed (AOS)2025

ART of Speed (AOS) 2025 bukan sekadar acara pameran automotif, tetapi pentas utama kepada muzik, gaya hidup dan budaya jalanan.

Bertemakan 'Kustom Ada Gaya', AOS 2025 yang berlangsung pada 26 dan 27 Julai di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), bakal menyatukan peminat seni, fesyen, muzik, dan komuniti kreatif dari seluruh Asean.

SoundCircus Takeover Gegarkan Dewan A

Art of Speed (AOS)2025

Segmen SoundCircus Takeover kembali dengan barisan pemuzik terbaik tanah air dan Asean. Antara artis bakal menggamatkan suasana ialah Noh Sallah & Restore Iboe, Romantic Echoes, Ruffedge, Luqman Podolski, Sabda Alam, Fugo, Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang, Chronicalz, 53 Universe, Langkawi Dub Club SoundSystem dan Mai Tummada.

Acara müzik itu akan berlangsung di Dewan A bermula jam 2 petang hingga 7 malam sepanjang dua hari acara. Suasana festival dalam dewan tersebut memberikan ruang bersantai buat pengunjung sambil menikmati irama muzim alternatif dan kontemporari.

Kulture Kartel: Fesyen Jalanan, Vintaj dan Pertandingan B-Boy

Art of Speed (AOS)2025

Dewan D pula menampilkan segmen gaya hidup Kulture Kartel yang menjadi tumpuan peminat fesyen, streetwear dan barangan vintaj. Lebih banyak vendor tempatan dan antarabangsa akan mengambil bahagian kali ini yang menjadikan lokasi berkenaan syurga beli-belah buat peminat gaya unik.

AOS 2025 tahun ini juga menjadi tuan rumah kepada pertandingan B-Boy Respect Culture South East Asia Qualification dengan pemenangnya bakal mewakili Asean ke pentas dunia Respect Culture Taiwan World Finals.

Kopi Saigon dan Hausboom: Rakan Minuman Rasmi

Art of Speed (AOS)2025

Bagi keselesaan pengunjung, AOS 2025 memperkenalkan Kopi Saigon sebagai Rakan Kopi Rasmi, manakala Hausboom dikekalkan sebagai Minuman Rasmi.

Zon Payung Kopi turut disediakan di luar Dewan D kepada mereka yang mahu bersantai dengan kopi dan pastri.

Medan Selesa dan Gaya Hidup Automotif

Peta Art of Speed (AOS)2025

Barisan trak makanan dan vendor pilihan akan memenuhi kawasan luar dewan dengan pelbagai sajian menarik. Antara aktiviti tambahan yang tidak boleh dilepaskan adalah:

  • Pertunjukan fesyen oleh Sunburst Tribe
  • Pelancaran produk baharu atas pentas utama
  • Flea Market Automotif dengan pelbagai barangan unik
  • Sampel makanan percuma Corntoz Mamee
  • Backdoor Soundsystem Collective untuk hiburan luar

Zon Komuniti dan Interaktif

AOS 2025 turut menampilkan segmen interaktif seperti Kembara Passport yang membolehkan pengunjung melawat reruai tertentu, mengumpul cop dan menebus hadiah menarik termasuk tiket penerbangan ke Jepun, Indonesia dan Thailand.

Dengan gabungan elemen muzik, gaya hidup, seni jalanan dan makanan, AOS 2025 membuktikan acara ini bukan sekadar buat peminat automotif tetapi perayaan budaya kontemporari yang inklusif dan menghiburkan buat semua lapisan pengunjung.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AOS2025, Art of Speed (AOS) 2025, Auto Terkini, Sound Circus, Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my