• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Art Of Speed (AOS) 2025 Kembali Gegarkan MAEPS Serdang, Lebih Gempak, Lebih Mendonia!

Art Of Speed (AOS) 2025 Kembali Gegarkan MAEPS Serdang, Lebih Gempak, Lebih Mendonia!

July 3, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


ACARA tahunan yang paling dinanti peminat Kustom Kulture dan Counter Culture, Art Of Speed Malaysia 2025 (AOS2025), kini kembali dengan skala lebih besar dan tarikan lebih gempak!

Bertemakan "Kustom Ada Gaya", edisi kali ini bakal menggamatkan Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang pada 26 dan 27 Julai 2025.

Lebih Ramai Tetamu Antarabangsa dan Komuniti Global

Kali ini, AOS 2025 menampilkan kehadiran tetamu antarabangsa yang lebih ramai dari pelbagai negara. Antara nama besar yang akan hadir seperti Shige Suganuma dan Hiro "Wildman" Ishii dari MOONEYES (Jepun), Brendon Vetuskey (perepa Hot Wheels dari AS), Darren McKeag (McKeag Art), Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon (Jepun), serta Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman's Ride (Australia).

Turut serta ialah artis dan pereka terkenal dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Indonesia, Brunei, dan Filipina, menjadikan AOS 2025 benar-benar bersifat antarabangsa.

Tiga Motosikal Kustom Ikonik Akan Dibawa Khas

AOS 2025 turut mempamerkan tiga jentera kustom istimewa daripada pembina lagenda dunia seperti:

  • BMW R18 "Ground 0" oleh Yuichi Yoshizawa dari Jepun, dibina khas sempena ulang tahun ke-100 BMW.
  • Harley-Davidson Knucklehead Chopper oleh Masa Sugihara dari Luck MC (Jepun), dengan rekaan aerodinamik minimalis.
  • Harley-Davidson Flathead dari Ben Forster (Australia), pembina kustom ikonik yang buat julung kalinya hadir ke Malaysia.

World of Wheels, Parade, dan Fotografi Profesional

Salah satu segmen baharu tahun ini ialah World of Wheels (WOW) oleh MotorTakaful.com yang akan menampilkan pertandingan Show & Shine eksklusif di Hall A.

Studio fotografi profesional turut disediakan pasukan NoEqual.co untuk memberi peluang pemilik kereta dan motosikal merakam gambar kenderaan mereka dengan kualiti premium.

Tidak ketinggalan, parade kelab kereta juga akan berlangsung di boulevard utama sepanjang Sabtu dan Ahad.

Kolaborasi Eksklusif dan Aktiviti Pelengkap

Tahun ini, AOS memperkenalkan lima kolaborasi utama seperti:

  • Art of Speed x Hot Wheels
  • Art of Speed x FK (rekaan kasut)
  • Art of Speed x High Cultured (streetwear tempatan)
  • Art of Speed x XOCKS
  • Art of Speed x MOONEYES (meraikan 10 tahun kerjasama)

Segmen baharu "Collectible Alley" di Dewan C juga akan memperkenalkan pelbagai jualan diecast, barangan koleksi dan memorabilia kustom kepada pengunjung.

Tiket dan Maklumat Tambahan

Tiket Early Bird kini dijual secara dalam talian dengan harga RM35 (Weekend Pass) dan RM40 (Sunday Pass). Kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU masuk percuma. Tiket Valet Parking VIP juga tersedia pada harga RM30 sehari.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, layari laman rasmi AOS2025.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: AOS2025, Art of Speed (AOS) 2025, Auto Terkini, kustom kulture

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev