• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Proton e.MAS 7 2026 Diperbaharui: Warna Baharu, Ciri Lebih Pintar dan Tawaran Power Pack+

Proton e.MAS 7 2026 Diperbaharui: Warna Baharu, Ciri Lebih Pintar dan Tawaran Power Pack+

July 2, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

Proton e.MAS 7 2026
Kenderaan Elektrik (EV) paling laris di Malaysia, Proton e.MAS 7 2026 kini lebih menarik apabila menerima kemas kini berdasarkan maklum balas pengguna sebenar seperti warna baharu, ciri pintar Flyme Auto yang lebih padu, dan tawaran pemilikan lebih berbaloi.

Ini membuktikan Proton dan Pro-Net bukan sekadar menjual EV, tetapi benar-benar mendengar suara pelanggan.

Warna Baharu, Penampilan Lebih Premium

Varian baharu Proton e.MAS 7 menampilkan warna luaran baharu Obsidian Black (hitam) yang eksklusif dan tampak elegan atas jalan.

Bagi pemilik yang sukakan kelainan pula, varian Premium Quartz Rose dan Turquoise Green ditawarkan dengan warna dalaman eksklusif Alabaster White (putih) yang hanya dikeluarkan 500 unit sahaja (250 unit setiap warna).

Jadi siapa cepat dia dapat!

Sokong Apple CarPlay, Aplikasi Pihak Ketiga

Satu lagi permintaan pengguna yang akhirnya menjadi kenyataan ialah sokongan Apple CarPlay yang kini boleh dihubungkan sama ada secara berwayar dan tanpa wayar!

Pengguna Android Auto pula tidak perlu bimbang kerana ciri itu bakal menyusul hujung tahun ini. Sistem operasi (OS) Flyme Auto OS turut menerima kemas kini baharu dengan integrasi aplikasi pihak ketiga seperti Zoom for Cars, izi.TRAVEL dan Vivaldi Browser.

Sistem infotainmen Proton e-MAS 7 2026 juga kini mampu menyimpan tetapan terakhir secara automatik.

Bunyi EV Pun Boleh Tukar-Tukar

Bunyi amaran EV kini ada pilihan baharu! Selain bunyi klasik sedia ada, pengguna juga boleh memilih antara Galactic Note atau Space Walk untuk pengalaman pemanduan lebih peribadi.

Selepas memilih, sistem akan menyimpan bunyi tersebut dan dimainkan setiap kali kereta dihidupkan.

Polisi Jualan Power Pack+, Lagi Jimat dan Lagi Berbaloi

Kepada pemilik baharu, Pro-Net melancarkan pakej Power Pack+ yang sangat menarik:

  • Pengecas rumah 7kW percuma (RM1,500)
  • V2L adapter percuma (RM500)
  • Data internet tanpa had 5 tahun (RM1,800)
  • Waranti tanpa had perbatuan 6 tahun untuk kenderaan
  • Waranti 8 tahun/160,000km untuk bateri
  • Rebat tukar beli RM5,000

Juga tidak dilupakan tambahan bonus penutup ruang kargo (tonneau cover) yang kini datang standard dengan semua unit baharu. Pemilik sedia ada pun dapat memiliki secara percuma dalam masa terdekat.

Sedia Dipandu Uji Seluruh Negara

Proton e.MAS 7 2026 versi baharu itu kini boleh didapati di semua pengedar sah seluruh Malaysia. Jika anda merancang membeli EV pertama, atau mahu menaik taraf model sekarang, inilah masa terbaik.

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Proton e.MAS atau ikuti saluran media sosial seperti TikTok, Instagram dan Facebook @protonemasofficial.

Proton e.MAS 7 Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
Proton e.MAS 7 2026
CEO Pro-Net, Zhang Qiang
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 2026 - Obsidian Black
Proton e.MAS 7 Turquoise Green
Proton e.MAS 7 2026 - Turquoise Green
Proton e.MAS 7 2026 - Turqouise Green
Proton e.MAS 7 2026 - Turquoise Green
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 Quartz Rose
Proton e.MAS 7 2026 - Quartz Rose
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White
Proton e.MAS 7 2026 - interior Alabaster White

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), pro-net, Proton e-MAS 7 2026, Proton Holdings Berhas, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev