• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

Tempahan Honda HR-V 2026 Baharu Dibuka, Lancar Suku Ketiga 2025

July 1, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda HR-V 2026 Baharu
HONDA Malaysia membuka tempahan untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV), Honda HR-V 2026 baharu yang dijangka dilancarkan secara rasmi suku ketiga 2025.

SUV segmen-B itu menampilkan rekabentuk lebih sporty, dengan prestasi dinamik, dan teknologi keselamatan terkini. Tempahan boleh dibuat menerusi pautan prebook.honda.com.my, aplikasi HondaTouch, atau di mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara.

Model Paling Laris Honda Malaysia Tahun Ini

Honda HR-V 2026 Baharu
Honda HR-V 2026 Baharu

Dari Januari hingga Mei 2025, Honda HR-V mencatatkan jualan tertinggi dalam barisan produk Honda Malaysia. Sejak debut di Malaysia pada 2015, HR-V merekodkan lebih 169,000 unit jualan, yang menjadikan model itu sebagai SUV segmen-B bukan nasional paling popular di Malaysia.

Gabungan gaya elegan, rekaan versatil, dan prestasi dipercayai menjadikan Honda HR-V pilihan utama sam ada di bandar ataupun kawasan pinggir bandar. Dalam tempoh sedekad, SUV itu menetapkan penanda aras dalam rekabentuk dan fungsi sebuah SUV subkompak.

Rekabentuk Luaran Lebih Menyerlah

Logo Honda

Model generasi baharu itu hadir dengan pembaharuan menyeluruh pada rekabentuk luaran. Antara ciri menonjol pada varian HR-V e:HEV RS adalah:

  • Gril depan baharu berkonsep minimalis
  • Rim aloi 18 inci dwi-tona baharu
  • Jalur lampu belakang LED penuh hujung ke hujung

Rupa keseluruhan Honda HR-V baharu ini tampil lebih berani, moden, dan sporty yang sesuai dengan gaya hidup aktif pengguna masa kini.

Pilihan Trenkuasa Hibrid, Turbo

Honda HR-V 2026 baharu menawarkan tiga pilihan enjin seperti:

i. 1.5L e:HEV (Hibrid)

  • Output kuasa: 131ps, dan tork 253Nm
  • Penjimatan bahan api tinggi dan prestasi menyeronokkan
  • Mod pemanduan Eco, Normal dan Sport

ii. 1.5L DOHC VTEC Turbo

  • Output kuasa 181ps, dan tork 240Nm
  • Pecutan pantas yang sesuai untuk pemandu yang mahukan prestasi lebih bertenaga

iii. 1.5L DOHC i-VTEC

  • Output kuasa 121psS, dan tork 145Nm
  • Pilihan efisien dan lancar untuk pemanduan harian

Honda SENSING Kini Lebih Canggih

Logo Honda SENSING

Sistem Honda SENSING kembali sebagai ciri standard pada varian tertentu, yang kini ditambah baik dengan:

  • Lampu Pandu Adaptif (Adaptive Driving Beam, ADB): Suluhan lampu tinggi pintar
  • Lampu Belok Aktif (Active Cornering Light, ACL): Bantuan pencahayaan ketika membelok

Ciri-ciri itu menambah baik keselamatan dan memberi lebih keyakinan kepada pemandu ketika memandu malam atau di jalan berliku.

Pilihan Warna Baharu dan Gaya Premium


Honda HR-V 2026 baharu ditawarkan dalam dua warna menawan:

  • Phoenix Orange Pearl (jingga)
  • Crystal Black Pearl (hitam)

Kedua-dua warna itu menyerlahkan lagi imej moden dan sporty Honda HR-V baharu yang memberikan lebih fleksibiliti kepada pembeli mengikut cita rasa peribadi.

Tempah Sekarang!

  • Tempah sekarang di: prebook.honda.com.my
  • Muat turun aplikasi HondaTouch
  • Kunjungi mana-mana pengedar sah Honda Malaysia
  • Hubungi talian bebas tol: 1-800-88-2020
  • Layari laman web: www.honda.com.my

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Honda HR-V 2025, Honda HR-V e:HEV RS, Honda Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev