• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP

10 Pemandu Singapura Didenda RM300 Selepas Sejam Pertama Penguatkuasaan VEP

July 1, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ Malaysia kuasa permit VEP untuk pemandu Singapura.
PENGUATKUASAAN penuh ke atas sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) bermula tepat tengah malam tadi yang menyaksikan 10 pemandu warga Singapura didenda RM300 dalam tempoh sejam pertama operasi dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Penguatkuasaan itu menandakan berakhir tempoh kelonggaran yang diberikan sejak Oktober 2023 lalu apabila pendaftaran VEP diwajibkan secara rasmi kepada semua kenderaan persendirian asing yang memasuki Malaysia melalui sempadan darat.

Tag VEP

Antara didenda ialah seorang pelajar dari Singapura, Safir Farhan, 19, yang dalam perjalanan bersama keluarga untuk makan malam di Johor Bahru.

Menurutnya, dia sudah mendaftar VEP, tetapi masih menunggu penghantaran tag RFID. Walaupun menunjukkan bukti pendaftaran, dia tetap didenda RM300 dan hanya dibenarkan meneruskan perjalanan selepas membuat bayaran di van bergerak JPJ.

Saya memang sudah jangka ia akan dikuatkuasakan, tetapi tidak sangka tindakan begitu tegas terus diambil serta-merta."

JPJ Perketat Penguatkuasaan, Tiada Lagi Alasan

Tag VEP untuk pemandu warga asing

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, menegaskan tindakan tegas kini akan diambil terhadap mana-mana pemandu kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia tanpa tag RFID sah dan diaktifkan, tanpa mengira alasan atau tujuan kunjungan.

Tiada lagi alasan. Kami sudah memberikan masa mencukupi, malah makluman ini sudah diumumkan sejak bertahun lalu."

Beliau turut menjelaskan operasi penguatkuasaan tidak dilaksanakan secara langsung di pintu sempadan utama seperti Tambak Johor dan Laluan Kedua, bagi mengelakkan kesesakan.

Sebaliknya, pemeriksaan dilakukan secara berfokus di kawasan tertentu dan semua bayaran denda hanya boleh dilakukan menerusi kaedah tanpa tunai seperti unit bergerak JPJ, kaunter JPJ, dan platform MyEG.

Dalam tempoh sejam awal penguatkuasaan, 55 pegawai JPJ yang bertugas di kawasan Kompleks CIQ Bangunan Sultan Iskandar, menahan kenderaan bernombor pendaftaran asing yang tiada tag RFID VEP sah.

Permohonan VEP Meningkat Drastik Sebelum 1 Julai

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook

Menjelang tarikh akhir penguatkuasaan, permintaan terhadap pendaftaran dan pemasangan VEP meningkat mendadak, khususnya selepas Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke Siew Fook pada 4 Jun tahun ini mengesahkan tempoh kelonggaran tidak akan dilanjutkan.

Antara lokasi paling sibuk ialah pusat pendaftaran dan pemasangan VEP di Johor Bahru dan Singapura, termasuk pusat pertanyaan TCSens di Danga Bay yang kini dibuka 24 jam sehari untuk menampung lonjakan permohonan TCSens aebagai vendor rasmi dilantik Kerajaan Malaysia bagi mengendalikan urusan VEP.

Seorang ahli perniagaan warga Singapura, Jenny Chia, 53, mendakwa sudah mendaftar sejak November 2024, tetapi terpaksa menunggu lebih enam jam untuk menyelesaikan proses pendaftaran pada 30 Jun lalu yang mana sasalah teknikal dan kapasiti perkhidmatan antara faktor menjejaskan kelancaran proses.

Lebih 248,000 Kenderaan Sudah Berdaftar, Tetapi...

Kaunter daftar tag VEP, JPJ Malaysia.

Setakat 29 Jun 2025, JPJ mengesahkan 248,504 kenderaan Singapura sudah mendaftar VEP. Namun, 17 peratus jumlah tersebut masih belum mengaktifkan tag RFID masing-masing yang menjadikan mereka berisiko dikenakan tindakan serta-merta.

Bagi kategori kenderaan perdagangan, 3,765 unit sudah menerima tag RFID daripada 19,690 permohonan diterima.

Sistem VEP Diperkenalkan Demi Keselamatan, Penguatkuasaan Undang-Undang

Sebagai rekod, sistem VEP sudah dirancang sejak 2017, tetapi tertangguh beberapa kali, digantung sementara pada 2019 dan sekali lagi pada 2020. Dengan pelaksanaan penuh kini bermula, sistem itu bertujuan mengenal pasti kenderaan berdaftar asing, menjejak saman trafik tertunggak, dan memastikan pematuhan undang-undang jalan raya Malaysia.

Penguatkuasaan penuh VEP bukan sekadar sistem pemantauan, tetapi langkah ke hadapan dalam usaha Kerajaan Malaysia meningkatkan kecekapan pengurusan sempadan, memelihara keselamatan pengguna jalan raya tempatan, dan menegakkan integriti sistem pengangkutan Malaysia.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Permit Masuk Kenderaan (VEP)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev