
SEJAK awal lagi, Xiaomi SU7 Ultra telah ditetapkan matlamat tinggi untuk menakluki Nürburgring Nordschleife.
Litar ini merupakan ujian muktamad kehebatan teknologi, di mana prestasi tinggi dibina atas inovasi termaju, kualiti premium, dan realibiti tanpa kompromi.
Xiaomi SU7 Ultra telah melalui fasa pengujian intensif di litar ini sebagai sebahagian daripada usaha untuk menilai dan memperhalusi keupayaan teknologinya secara menyeluruh.

Dalam pengujian tersebut, model pengeluaran Xiaomi SU7 Ultra berjaya mencatat masa pusingan 7:04.957 di Nürburgring Nordschleife, sekaligus menetapkan rekod sebagai Kenderaan Eksekutif Elektrik Terpantas di litar ikonik itu.
Bukan itu sahaja, prototaip Xiaomi SU7 Ultra mencapai masa pusingan yang lebih pantas, iaitu 6:22.091, meningkat sebanyak 24 saat berbanding model pengeluaran.
Pencapaian ini meletakkan prototaip tersebut di tempat ke-3 keseluruhan dalam senarai pendahulu Nürburgring Nordschleife untuk kategori prototaip.

Dengan rekod yang mengagumkan, Xiaomi EV mengumumkan siri Xiaomi SU7 Ultra dilancarkan secara rasmi termasuk permulaan penghantaran.
Pelanggan di China kini berpeluang untuk memiliki versi berprestasi tinggi kenderaan elektrik perdana ini, yang tersedia dalam dua varian utama iaitu Track Package dan Nürburgring Limited Edition.
Edisi terhad Nürburgring ini hanya akan dihasilkan sebanyak 10 unit untuk model tahun 2025, dengan jumlah keseluruhan pengeluaran dihadkan kepada 100 unit untuk eksklusiviti.

Harga untuk Xiaomi SU7 Ultra standard adalah RMB 529,900 (RM 311,357.67).
Bagi mereka yang berminat dengan peningkatan prestasi, Track Package tersedia pada tambahan RMB 100,000 (RM 58,796.40), menjadikan jumlah harga konfigurasi kepada RMB 629,900 (RM 370,154.07).
Varian Nürburgring Limited Edition pula ditawarkan pada harga RMB 814,900 (RM 479,067.75).
Track Package: Konfigurasi Berorientasikan Litar

Xiaomi SU7 Ultra didatangkan standard dengan beberapa komponen berprestasi, termasuk:
- Sistem Xiaomi Hyper Tri-Motor.
- Pek bateri berkuasa tinggi gred litar.
- Sistem penyejukan dan sistem brek yang dioptimumkan untuk litar.
- Spring udara dwi-kebuk dan peredam adaptif berprestasi tinggi.
Konfigurasi standard ini menghasilkan kuasa maksimum 1,548 ps, memecut dari 0-100 km/j dalam 1.98 saat (tanpa one-foot rollout), dan mencapai kelajuan tertinggi 350 km/j.
Sistem casisnya telah ditala di Nürburgring untuk pengendalian di litar.
Bagi pelanggan yang memilih Track Package, ciri-ciri tambahan termasuk:
- Roda tempaan berbentuk U 21 inci.
- Tayar berprestasi tinggi Pirelli® P ZERO™ generasi ke-5.
- Tayar semi-slick Pirelli® P ZERO™ TROFEO RS (penggantian percuma tersedia melalui pusat servis Xiaomi EV yang sah).
- Penyerap hentakan Bilstein® EVO R for Ultra yang boleh dilaras ketinggian.
- Lengkungan roda belakang gentian karbon.
- Pad brek berprestasi tinggi ENDLESS®.
- Bumbung gentian karbon seluas 1.7㎡.
Pakej ini memerlukan tambahan RMB 100,000 (RM 58,796.40), dengan jumlah harga konfigurasi RMB 629,900 (RM 370,154.07).
Nürburgring Limited Edition: Varian Eksklusif
Xiaomi SU7 Ultra Nürburgring Limited Edition adalah model yang sah di jalan raya dan dibangunkan untuk memperingati pencapaian rekodnya di Nürburgring.
Versi ini dilengkapi dengan Track Package, bersama-sama dengan penambahan berikut:
- Kerusi bucket lumba gentian karbon kustom berprestasi tinggi.
- Tali keledar 6-sudut gred perlumbaan.
- Rangka keselamatan separa keluli dan tanpa tempat duduk belakang.
- Plak edisi terhad eksklusif di dalam kereta.
- Pelekat Ultra Lightning.
- Panel aero bawah badan gentian karbon (untuk kegunaan litar sahaja).
- Hud dwi-liang gentian karbon.
- Pakej luaran gentian karbon (cermin gentian karbon, skirt sisi).
- Pakej dalaman gentian karbon (plat ambang pintu gentian karbon, kemasan pintu, kemasan bolong AC belakang).
- Spoiler belakang gentian karbon.
Varian ini turut menampilkan peningkatan ketegaran kilasan sebanyak 12% dan pengurangan berat sebanyak 30kg tanpa tempat duduk belakang dan penambahan rangka keselamatan separa, dengan ketahanan remuk bumbung yang dipertingkatkan 57%.
Harga untuk Xiaomi SU7 Ultra Nürburgring Limited Edition adalah RMB 814,900 (RM 479,067.75).
Tempahan untuk pelanggan di China boleh dibuat melalui Aplikasi Xiaomi EV atau Mini Program WeChat Xiaomi EV.
Xiaomi SU7 Ultra
Xiaomi SU7 Ultra Track Package
Xiaomi SU7 Ultra Nürburgring Limited Edition
Leave a Reply