• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SISMA Auto Lancar Pusat 3S Denza di Glenmarie!

SISMA Auto Lancar Pusat 3S Denza di Glenmarie!

June 25, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pusat 3S Denza Glenmarie
SISMA Auto terus mengorak langkah dalam dunia automotif dengan pelancaran bilik pameran dan pusat servis Denza baharu di Glenmarie, Shah Alam, sekaligus menandakan kemasukan rasmi ke dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) mewah tempatan.

Langkah ini juga mengukuhkan lagi kerjasama strategik antara SISMA Auto dan salah satu pengeluar EV terbesar dunia, BYD Auto.

Denza: Jenama EV Mewah dari BYD Kini di Malaysia

Pusat 3S Denza Glenmarie

Jenama sub-premium milik BYD Auto, Denza, terus menarik perhatian EV global dengan rekabentuk elegan dan teknologi elektrik terkini.

Dengan pelancaran rasmi ini, SISMA Auto menjadi antara pengedar utama membawa jenama berprestij ini ke Malaysia dan menawarkan pengalaman pemilikan EV premium yang lebih mudah diakses.

Ruang Pameran Mewah 20,000 Kaki Persegi

Pusat 3S Denza Glenmarie
Pusat 3S Denza Glenmarie

Bilik pameran baharu ini dibina atas tapak seluas 20,000 kaki persegi dan melibatkan pelaburan mencecah RM25 juta. Ia menampilkan seni bina dua tingkat yang moden dan mewah yang menggambarkan falsafah rekabentuk Denza yang menggabungkan estetika futuristik dan kemampanan.

Antara tarikan utama adalah galeri kenderaan luas, ruang pandu uji, dan kapasiti pertunjukan untuk model-model masa depan. Ini menjadikannya antara bilik pameran EV mewah paling lengkap di Lambah Klang.

Pusat Servis Canggih Dan Servis Concierge Premium

Pusat 3S Denza Glenmarie

Tidak hanya bilik pameran, fasiliti Glenmarie turut menempatkan pusat servis tercanggih untuk menyediakan sokongan lepas jualan yang menyeluruh.

Pelanggan boleh menikmati servis penyelenggaraan berkualiti tinggi dengan kemudahan pengambilan dan penghantaran kenderaan terus dari rumah atau pejabat melalui servis concierge eksklusif.

Komitmen Penuh Terhadap Mobiliti Elektrik Premium

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata;

Denza berada dalam kedudukan tepat untuk menarik minat pemilik kenderaan mewah yang mahukan sesuatu yang inovatif dan berbeza. Kami teruja memperkenalkan pengalaman pemilikan EV yang benar-benar premium kepada rakyat Malaysia.”

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD, Eagle Zhao turut berkata;

Pelancaran DENZA Glenmarie membuktikan komitmen kami memperluaskan akses kepada mobiliti elektrik berkualiti tinggi dan menyediakan pengalaman pelanggan yang unggul. Kehadiran SISMA Auto akan memperkukuh lagi rangkaian premium kami di Malaysia.”

Lokasi Strategik Dan Waktu Operasi

Pusat Pameran dan Servis Denza SISMA Auto Glenmarie terletak di:

  • No 21, Jalan Perintis U1/52, Seksyen U1, Bandar Glenmarie, Shah Alam
  • Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi hingga 10 malam

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi:

  • 03-5569 1715
  • [email protected]
  • https://denza.sismaauto.com

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, DENZA, Kenderaan Elektrik (EV), Pusat 3S, SISMA AUTO

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my