• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 dengan Rekabentuk Baharu yang Lebih Sporty, Lebih Pintar!

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 dengan Rekabentuk Baharu yang Lebih Sporty, Lebih Pintar!

June 13, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
SEJAK mula diperkenalkan pada 2003, BMW X3 memang terkenal sebagai kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen premium (digelar BMW sebagai kenderaan aktiviti sukan, SAV) yang selesa, tetapi masih berjiwa pemanduan sporty.

Kini, BMW X3 generasi baharu tampil dengan gaya lebih agresif, digitalisasi penuh dan enjin hibrid ringan (MHEV).

Rekabentuk Lebih Tajam, Lebih Maskulin

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

BMW X3 20 xDrive M Sport kini tampil dengan rekabentuk  lebih tajam dan bersegi yang menonjolkan gaya monolitik yang solid. Bonet tinggi, dan gril ginjal Pearl Chrome dengan lampu nyalaan malam BMW Iconic Glow menjadi tumpuan utama, manakala lampu depan LED bentuk L pula menyerlahkan gaya moden.

Profil sisi nampak lebih mantap dengan anjur (overhang) depan pendek, rim aloi M 19 inci Y-spoke 1035 M bicolour dan  gerbang roda tanpa pelapik (cladding) plastik hitam yang nampak lebih kemas dan elegan. Tiada lagi rupa plastik keliling yang tampak rugged, tetapi kali ini memang menumpukan kepada kemewahan.

Lampu belakang jenis terpisah pula menampilkan rekabentuk L berganda dengan signal belok tersorok kemas.Kabin Digital Penuh, Gaya Minimalis

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

Menjengah kabin, pemandu disambut paparan lengkung BMW Curved Display, gabungan kluster instrumen depan pemandu 12.3 inci dan unit infotainmen skrin sentuh di tengah papan permukan bersaiz 14.9 inci. Di bawahnya, ada BMW Interaction Bar berlampu ambien 15 warna dengan kawalan sentuh.

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

Ada kemasan segi tiga pada papan pemuka dan pintu dengan efek lampu keliling yang mewah. Stereng M 3-jejari dengan potongan bawah rata, kerusi sport kulit sintetik premium Veganza dan pengecas wayarles 15W melengkapkan kemewahan kabin.

SUV ini memiliki kapasiti ruang but 570 liter hingga 1,700 liter dengan tempat duduk baris kedua direbahkan.

Enjin MHEV + AWD Standard

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

SUV itu dijana enjin 4-silinder 2.0L turbo yang dipadankan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V dengan output kuasa 208hp dan tork 330Nm.

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

Digandingkan dengan transmisi automatik Steptronic 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda AWD xDrive (menggantikan RWD sebelum ini), SUV tersebut mampu memecut 0-100kmj sepantas 7.8 saat, manakala kelajuan maksimum 215kmj.

Trenkuasa MHEV membantu mengurangkan penggunaan bahan api, dan pada masa sama meningkatkan kuasa ketika memecut.

Pengendalian Lebih Tajam, Lebih Stabil

BMW turut menaik taraf suspensi standard untuk kawalan lebih tajam, dengan gandar belakang lebih keras, mounting stabiliser baharu dan lebar trek belakang bertambah 45mm. Sistem stereng lebih langsung memberikan respons pemanduan di selekoh lebih meyakinkan.

Keselamatan: Driving Assistant Plus, Parking Assistant Plus Sebagai Standard

Antara teknologi bantuan pemanduan diberikan adalah:

  • Amaran Tukar Lorong (LCW) dan Intervensi Stereng
  • Amaran Perlanggaran Depan (FCW), untuk kenderaan, pejalan kaki dan basikal
  • Kawalan Jelajah Aktif (ACC) dan ciri Henti & Mula (Stop & Go)
  • Bantuan Kawalan Lorong dan Stereng (LCAS)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan bantuan undur
  • Paparan keliling, paparan 3D dan perakam antikecurian

Digitalisasi: OS9 Baharu + Akses Hiburan Penuh

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

Sistem operasi (OS) BMW Operating System 9 dengan QuickSelect menawarkan kawalan skrin sentuh, suara atau BMW Controller. Konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto kini dalam paparan penuh, dan BMW Digital Premium sedia dengan akses aplikasi muzik, berita dan permainan video.

Boleh juga menggunakan kunci digital BMW Digital Key di telefon atau jam pintar.

Pilihan Warna

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
  • Luaran: Alpine White (putih), Black Sapphire (hitam), Dune Grey (kelabu), Tanzanite Blue (biru)
  • Dalam: Veganza Perforated (Black, hitam atau Espresso Brown, coklat)

BMW Relax. We Care. - Lengkap dengan Waranti, Servis Premium

  • Waranti lima tahun tanpa had perbatuan
  • Servis percuma lima tahun/100,000km
  • Servis BEV hingga enam tahun, bateri lapan tahun
  • Bantuan tepi jalan 24/7 dengan bantuan kereta ganti, dan penginapan

Harga rasmi dan tempahan untuk pasaran Malaysia dijangka diumumkan tidak lama lagi.

BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025
BMW X3 20 xDrive M Sport 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, kenderaan aktiviti sukan (SAV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev