• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Tucson 2025 Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Ada Pilihan Varian Hibrid!

Hyundai Tucson 2025 Bakal Masuk Pasaran Malaysia, Ada Pilihan Varian Hibrid!

June 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Hyundai Tucson 2025
HYUNDAI Tucson 2025 bakal tiba di Malaysia dengan rekabentuk serba baharu yang lebih berani, lebih sofistikated, dan kali pertama hadir dalam versi hibrid untuk pasaran tempatan.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu bukan sekadar menerima naik taraf kosmetik, tetapi dibekalkan pelbagai ciri teknologi pintar, sistem keselamatan termaju dan pilihan trenkuasa lebih efisien yang menjadikan model tersebut antara SUV paling lengkap dalam kelas.

Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025

Tiga Varian, Termasuk Varian Hibrid

Hyundai Tucson 2025 baharu ditawarkan dalam tiga varian:

  • Style (5-kerusi, enjin petrol 2.0L)
  • Prime (5-kerusi, enjin petrol 1.6L Turbo)
  • Prestige (5-kerusi, pilihan enjin petrol 1.6L Turbo atau Hibrid)

Kehadiran varian hibrid membuka peluang kepada pengguna yang mahukan prestasi lebih responsif dan kecekapan bahan api lebih baik, tanpa mengorbankan kuasa.

Trenkuasa: Pilihan Petrol Dan Hibrid Lebih Berkuasa

Hyundai Tucson 2025 menawarkan tiga pilihan trenkuasa:

  • Varian Style: Dijana enjin petrol 2.0 liter empat silinder sebaris yang menghasilkan 156 PS pada 6,200 rpm dan tork 192 Nm pada 4,500 rpm. Dipadankan dengan transmisi automatik 6-kelajuan dan pacuan dua roda (2WD).
  • Varian Prime dan Prestige: Dijana enjin petrol 1.6L Turbo yang menghasilkan output kuasa 180ps @ 5,500rpm dan tork 264Nm @ 1,500-4,500rpm dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan dan sistem pacuan dua roda (2WD).
  • Varian Prestige Hybrid: Dijana sistem gabungan enjin petrol 1.6L Turbo dan motor elektrik yang menjana output kuasa gabungan 235ps dan tork 367Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan serta sistem pacuan empat roda (4WD).

Kapasiti tangki bahan api varian petrol ialah 54 liter, manakala hibrid 52 liter.

Rekabentuk Lebih Tajam, Dimensi Lebih Mantap

Hyundai Tucson 2025

Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025

Hyundai Tucson 2025 tampil dengan garisan badan lebih tajam dan agresif, sesuai trend SUV moden masa kini. Rekaan lampu LED Parametric Jewel menjadi signatur baharu model itu dengan gril krom gelap, dan gerbang roda lebih lebar untuk gaya lebih berani.

SUV itu memiliki dimensi panjang 4,640mm, lebar 1,865mm, dantinggi 1,665mm, manakalajarak roda 2,755mm Saiz tersebut memberikan keseimbangan ideal antara keluasan ruang kabin dan pengendalian mantap.

Kabin Lebih Canggih, Digital Penuh

Hyundai Tucson 2025

Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025

Ruang kabin Hyundai Tucson 2025 direka dengan pendekatan teknologi taraf premium:

  • Unit infotainment digital skrin sentuh 12.3-inci melengkung yang disepadu bersama kluster instrumen.
  • Panel kawalan penyaman udara jenis sentuh penuh
  • Pengecas wayarles
  • Kerusi kulit untuk varian Prime dan Prestige
  • Stereng baharu dengan kemasan logam
  • Lampu ambien LED dalaman dan kemasan hitam kilat

Rekaan dalaman bukan saja kemas dan mewah, tetapi sangat ergonomik untuk penggunaan harian.

Keselamatan Termaju Hyundai SmartSense

Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025

Semua varian dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Hyundai SmartSense, seperti ciri bantuan pemanduan aktif yang menjadikan Hyundai Tucson 2025 antara SUV paling selamat dalam kelas.

Berikut ciri keselamatan diberikan:

  • Enam beg udara
  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA) dengan fungsi belok simpang (Junction Turning)
  • Amaran dan Bantuan Perlanggaran Titik Buta (BCAA)
  • Amaran Penumpang Belakang (ROA)
  • Bantuan Susur Lorong (LFA) dan Bantuan Kekal Lorong (LKA)
  • Amaran Perhatian Pemandu dengan Amaran Kenderaan Depan Gerak (DAW with LVDA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Bantuan Perlanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Amaran Parkir Depan dan Belakang (PDW)
  • Kamera Pandang Keliling (SVM)
  • Monitor Paparan Titik Buta (BCVM) pada kluster instrumen, khas untuk varian Prestige

Semua ciri berkenaan memberikan keyakinan pemanduan lebih tinggi dalam apa jua kondisi jalan.

Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025
Hyundai Tucson 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hyundai Motor Malaysia (HMY), Hyundai Tucson 2025, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my