HYUNDAI Staria 2025 tampil dengan gaya yang jauh ke depan menerusi gabungan rekabentuk futuristik, teknologi keselamatan canggih, dan keselesaan tahap premium untuk pemanduan seisi keluarga, syarikat, atau pelancongan.
Model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu ditawarkan dalam pilihan tiga varian:
- Staria Style 10-kerusi
- Staria Prime 10-kerusi
- Staria Prestige 10-kerusi | 7-kerusi
Rekabentuk Unik, Dimensi 'Gergasi'
Hyundai Staria kekal menyerlah atas jalan dengan siluet aerodinamik dan gril depan besar bersama lampu depan projektor LED penuh (eksklusif varian Prestige).
MPV mewah itu turut menerima kemasan krom tembaga dan rim aloi dwi-tona 18 inci untuk varian tertinggi. Hyundai Staria memiliki dimensi panjang 5,253mm, lebar 1,997mm, dan tinggi 1,990mm, manakala jarak roda 3,273mm.
Dimensi besar itu memberikan ruang kabin luas dan selesa untuk semua penumpang, sama ada dalam konfigurasi 7- atau 10-kerusi.
Prestasi, Trenkuasa 2.2L Turbo Diesel
Ketiga-tiga varian Staria dikuasakan enjin diesel 4-silinder sebaris 2.2L dengan pengecas turbo yang menjana kuasa maksimum 177ps @ 3,800rpm dan tork 430Nm @ 1,500-2,500rpm.
Enjin tersebut dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan dalam sistem pacuan roda depan (FWD). , manakala kapasiti tangki bahan api 75 liter memastikan perjalanan jauh dapat ditempuh tanpa perlu risau kerap berhenti mengisi minyak.
Interior Premium, Ciri Keselesaan Canggih
Bahagian kabin Staria disesuaikan untuk keselesaan maksimum. Antara ciri menarik termasuk:
- Kerusi premium untuk varian Prestige 7-kerusi
- Sistem penyaman udara automatik penuh
- Unit infotainmen skrin sentuh 8 inci
- Sistem audio standard untuk varian asas
- Sistem audio Bose 12 pembesar suara untuk Prestige
- Kerusi kulit kualiti tinggi
- Kapasiti ruang but 431 liter untuk varian 7-kerusi
Ciri tambahan seperti sunroof berkembar dan pintu gelangsar automatik menjadikan MPV ini antara pilihan utama bagi mereka yang mementingkan kemewahan dan praktikaliti.
Hyundai SmartSense: Ciri Keselamatan Aktif Lengkap
Keselamatan penumpang menjadi keutamaan Hyundai Staria 2025 yang dilengkapi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) Hyundai SmartSense menyeluruh seperti berikut:
- Elak Perlanggaran Depan (FCA)
- Amaran Perhatian Pemandu (DAW) dengan sigmal kenderaan depan gerak (LVDA)
- Amaran Titik Buta (BCW)
- Bantuan Keluar Selamat (SEA)
- Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Susur Lorong (LFA)
- Kawalan Jelajah Pintar (SCC) dengan fungsi henti-gerak (Stop & Go)
- Bantuan Pelanggaran Trafik Lintas Belakang (RCCA)
- Monitor Pandang Keliling (SVM)
- Monitor Titik Buta Visual (BSVM)
Ciri tersebut menjadikan Hyundai Staria 2025 bukan sekadar model selesa, tetapi juga salah satu MPV paling selamat dalam kelas.
Leave a Reply