• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Hyundai Santa Fe 2025 Serba Baharu Lancar Minggu Depan untuk Pasaran Malaysia!

Hyundai Santa Fe 2025 Serba Baharu Lancar Minggu Depan untuk Pasaran Malaysia!

June 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Hyundai Santa Fe 2025
HYUNDAI Santa Fe 2025 muncul dalam rekabentuk serba baharu untuk pasaran Malaysia. Kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen D/E itu bukan sekadar ditambah baik, tetapi dibina semula dari bawah dengan gaya lebih moden, maskulin, dan bersaiz lebih besar serta dilengkapi teknologi terkini.

Menariknya, SUV itu akan diperkenalkan dalam pilihan trenkuasa hibrid dan petrol turbo prestasi tinggi yang menjadikan model tersebut antara SUV paling versatil di pasaran ketika ini.

Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025

Tiga Varian Ditawarkan, Hibrid dan ICE 4WD

Hyundai Santa Fe 2025 serba baharu ditawarkan dalam pilihan tiga varian:

  • Prime - Hibrid, 7-kerusi, pacuan dua roda (2WD)
  • Prestige - Hibrid 7-kerusi, pacuan dua roda (2WD)
  • Calligraphy - Petrol 6-kerusi, pacuan empat roda (4WD)

Setiap varian dibezakan bukan hanya dari segi susun atur tempat duduk, tetapi juga sistem pacuan dan jenis trenkuasa, sekali gus memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna mengikut keperluan gaya hidup masing-masing.

Trenkuasa Lebih Berkuasa, Pilihan Hibrid Dan Turbo 2.5L

Bagi prestasi, Santa Fe Prime dan Prestige menerima gabungan trenkuasa hibrid dan enjin 4-silinder sebaris 1.6L Turbo dengan output kuasa 235ps @ 5,500rpm dan tork 367Nm @ 1,000-4,000rpm serta dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dan 2WD.

Varian tertinggi Calligraphy pula hadir dengan enjin 2.5L Turbo yang lebih bertenaga, berkuasa 281ps @ 5,800rpm dan tork 422Nm @ 1,700-4,000rpm. Enjin varian itu dipadankan transmisi dual-klac (DCT) 8-kelajuan dan sistem 4WD yang ideal untuk pemanduan luar bandar dan permukaan mencabar.

Semua varian memiliki kapasiti tangki 67 liter, yang sesuai untuk perjalanan jarak jauh.

Dimensi Lebih Besar, Ruang Lebih Luas

Hyundai Santa Fe 2025

Model generasi baharu kali ini memberikan peningkatan saiz signifikan untuk ruang kabin lebih luas selesa dengan dimensi panjang 4,830mm,lebar 1,900mm dan tinggi 1,770mm (Prime dan Prestige), serta 1,780mm (Calligraphy), manakala jarak roda 2,815mm.

Rekaan itu bukan saja memberikan ruang kelegaan kaki luas dan kepala lebih tinggi di semua baris tempat duduk, tetapi juga menyumbang kepada kestabilan pemanduan.

Rekabentuk Luar Lebih Berani, Premium

Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025

Bahagian luaran Hyundai Santa Fe 2025 serba baharu menampilkan rekaan H-Light LED yang menjadi identiti terkini Hyundai dan dipadankan dengan:

  • Bonet tinggi dan gerbang roda maskular untuk penampilan lebih dominan
  • Gril radiator dengan kemasan krom gelap elegan
  • Wiper belakang tersembunyi untuk rekabentk bersih dan minimalis

Rekabentuk keseluruhan memberi aura mewah dan moden, selari trend SUV masa kini.

Ciri Keselamatan, Teknologi Dijangka Kompreshensif

Walaupun senarai penuh ciri keselamatan belum diumumkan secara rasmi, tetapi berdasarkan penawaran Hyundai terkini, pengguna boleh menjangka kehadiran teknologi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) Hyundai SmartSense seperti:

  • Bantuan Elak Perlanggaran Depan (FCAA)
  • Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Susur Lorong (LFA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (SCC)
  • Bantuan Titik Buta (BCA) dan BAntuan Elak Trafik Lintas Belakang (RCCA)
  • Monitor Pandang Keliling 360º (SVM)

Semua ciri tersebut diyakini ada pada Hyundai Santa Fe 2025 serba baharu, terutama pada varian Prestige dan Calligraphy.

Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025
Hyundai Santa Fe 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hyundai Motor Malaysia (HMY), Hyundai Santa Fe 2025, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev