• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu

Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu

June 24, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Hyundai Motor Malaysia (HMY)
HYUNDAI Motor Company (HMC) melangkah lebih jauh dalam memperkukuh kehadiran jenama itu di Malaysia menerusi penubuhan rasmi Hyundai Motor Malaysia (HMY).

Pendekatan baharu itu menyaksikan Hyundai mengambil alih operasi secara langsung tanpa pengedaran pihak ketiga, sekali gus menandakan perubahan strategi besar-besaran bagi pasaran tempatan.

Langkah strategik tersebut membuka lembaran baharu dalam perkembangan industri automotif negara, yang mana Hyundai bakal memperkenalkan tiga model baharu dalam segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan pengeluaran tempatan dijadual bermula suku ketiga 2025 melalui kerjasama dengan Inokom di Kedah.

Pengukuhan Strategi, Komitmen Jangka Panjang

Logo Hyundai

Penubuhan HMY seiring strategi global Hyundai untuk memperkukuh hubungan di pasaran utama dan selari visi global 'Progress for Humanity'.

Dengan pengurusan operasi tempatan secara terus, Hyundai mampu memberi respons lebih pantas kepada keperluan pasaran, selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam negara.

Ibu pejabat baharu Hyundai kini beroperasi di Menara Affin @ TRX yang dijangka menempatkan lebih 100 kakitangan menjelang akhir tahun ini.

Rangkaian pengedaran itu diperluas kepada 25 cawangan menjelang 2030, termasuk pelaburan besar untuk mempertingkat sistem selepas jualan dan pengalaman pelanggan digital.

Pemasangan Tempatan, Potensi Eksport

Operasi pemasangan tempatan (CKD) akan memberi fokus awal kepada model enjin pembakaran dalaman (ICE) dan hibrid (HEV) bagi memenuhi permintaan tinggi rakyat Malaysia terhadap kenderaan pelbagai guna.

Hyundai mensasarkan hingga 30 peratus kenderaan CKD akan dieksport ke pasaran serantau.

Presiden Hyundai Motor Malaysia, Eric Lee berkata;

Ini bukan hanya perubahan pengurusan, tetapi bukti komitmen jangka panjang Hyundai untuk menjadikan Malaysia sebagai hab strategik di Asean."

Tumpuan kepada Pengalaman Pelanggan

Hyundai Motor Malaysia (HMY)

Selain pengenalan model baharu, Hyundai turut menyusun semula pengalaman pelanggan daripada pemodenan bilik pameran dan sistem digital mesra pengguna kepada pengalaman pemilikan kenderaan lebih lancar dan menyeluruh.

Pelanggan sedia ada juga digalakkan mengemas kini maklumat bagi memastikan servis berterusan tanpa gangguan.

Hyundai, Sime Motors Kekal Rakan Strategik

Walaupun HMY kini mengambil alih operasi penuh, Sime Motors akan kekal sebagai rakan pengedar utama Hyundai di Malaysia. Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara, Jeffrey Gan berkata;

Kami berbangga menjadi sebahagian perjalanan Hyundai selama dua dekad dan akan terus menyokong dalam aspek jualan serta selepas jualan."

Sejarah, Penglibatan Hyundai di Malaysia

Hyundai sudah bertapak di Malaysia sejak awal 2020-an dengan pelbagai model popular seperti Elantra, Tucson, Starex, Santa Fe, dan terbaharu, IONIQ 5.

Jumlah keseluruhan kenderaan Hyundai atas jalan kini melebihi 147,000 unit, yang membuktikan penerimaan dan kepercayaan tinggi rakyat Malaysia terhadap jenama Korea tersebut. Maklumat lanjut dan tawaran terkini HMY boleh layari www.hyundai.com

Hyundai Motor Malaysia (HMY)
Hyundai Staria
Hyundai Tucson
Hyundai Santa Fe

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hyundai Motor Company (HMC), Hyundai Motor Malaysia (HMY), Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
    Hyundai Motor Malaysia (HMY) Rasmi Operasi Sendirian, Bakal Perkenal Tiga Model Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
    Bayar Minyak Guna TNG eWallet di Lebih 1,000 Stesen Petronas
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev