KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) digesa segera mengambil tindakan terhadap 21 tuntutan dikemukakan Persatuan Transformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD) sejak Januari lalu, terutama berhubung isu keselamatan dan kebajikan pemandu e-hailing serta p-hailing.
Presiden TPAD, M Nantha berkata, sehingga kini masih tiada perkembangan ketara, walaupun sudah separuh tahun berlalu.
Sekarang sudah Jun, tetapi hasilnya masih belum nampak," katanya.
Tuntutan Hapus Sistem Terima Tugasan 10 Saat
Antara isu utama diketengahkan adalah desakan menghapuskan sistem penerimaan tugasan automatik dalam aplikasi e-hailing yang hanya memberi tempoh 10 saat kepada pemandu untuk menerima tempahan.
Sistem ini tidak adil dan beri tekanan kepada pemandu. TPAD minta sistem ini dihapuskan terus."
Had Masa Pemanduan 12 Jam Ditekankan Demi Keselamatan
TPAD turut mencadangkan had maksimum masa pemanduan ditetapkan kepada 12 jam sehari untuk kedua-dua platform e-hailing dan p-hailing.
- Selepas 12 jam, aplikasi perlu aktifkan ciri 'job pause'
- Tuntutan itu dibuat berikutan banyak kes kemalangan akibat pemandu terlalu penat
Ini bukan hanya isu kebajikan, tapi soal nyawa." - M Nantha, Presiden TPAD
Perbincangan Lanjut Diteruskan
Beliau turut memaklumkan beberapa ciri perbincangan akan diteruskan bersama MOT, agensi berkaitan dan penyedia platform e-hailing bagi mencari penyelesaian terbaik dan memperkukuh kerjasama dua hala.
TPAD menekankan isu keselamatan dan kebajikan pemandu e-hailing serta p-hailing perlu diberikan perhatian segera Kerajaan.
Dengan 21 tuntutan yang masih belum menunjukkan perkembangan konkrit, TPAD mengharapkan Kerajaan tampil dengan tindakan tegas dan pelan penyelesaian lebih jelas demi kesejahteraan lebih 100,000 pemandu dalam sektor pengangkutan awam darat.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply