SEORANG pekerja cuci kereta berusia 23 tahun mengalami kecederaan parah selepas Toyota Camry yang dipandunya terjunam dari tingkat tiga tempat parkir kereta pangsapuri di Jalan Klang Lama, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.38 petang ketika mangsa yang merupakan warga Afghanistan sedang memarkir kenderaan pelanggan selepas mencucinya.
Mangsa dipercayai tersilap menekan pedal minyak menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu merempuh tembok sebelum terjatuh ke bawah."
Camry Hempap Dua Kereta Lain
View this post on Instagram
Insiden ngeri itu turut dirakam dalam beberapa video tular di media sosial, memaparkan detik Toyota Camry terhempap ke atas dua kenderaan lain yang diparkir di bawah iaitu Proton Iriz dan Perodua Myvi.
Pihak polis mengesahkan bahawa tiada sesiapa berada dalam kenderaan yang dihempap ketika kejadian berlaku.
Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke zon merah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut.
Kes Disiasat Di Bawah Seksyen 43(1) APJ 1987
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan.
SUMBER: Mstar
Leave a Reply