• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Bakal Jadi Jenama China Pertama Capai 5 Juta Unit Eksport!

Chery Bakal Jadi Jenama China Pertama Capai 5 Juta Unit Eksport!

June 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Chery capai 5 juta unit eksport Jun ini
CHERY Automobile Co Ltd mencipta kejayaan membanggakan apabila mengumumkan bakal menjadi pengedar automotif pertama dari China yang mencapai 5 juta unit eksport kenderaan secara kumulatif, menjelang 20 Jun ini.

Pencapaian bersejarah itu diumumkan Pengerusi Chery, Yin Tongyue sempena Ekspo Automotif dan Rantaian Bekalan Antarabangsa 2025 yang berlangsung di Hong Kong.

Malah Chery turut mengesahkan akan memasuki pasaran automotif Hong Kong secara rasmi hujung tahun ini (2025).

12 Model Kenderaan Tenaga Baharu Dipamerkan

Barisan model global Chery

Dalam ekspo tersebut, Chery menampilkan 12 model kenderaan tenaga baharu (NEV) menerusi tujuh subjenama seperti:

  • Chery
  • Exeed
  • Jetour
  • iCAR
  • Luxeed
  • Omoda
  • Jaecoo

Barisan model itu merangkumi pelbagai gaya mobiliti daripada kegunaan harian hingga lasak, sekali gus menunjukkan komitmen Chery terhadap elektrifikasi dan kepelbagaian produk.

Prestasi Jualan Kukuh, NEV Meningkat 111.5 Peratus

Dari Januari hingga Mei 2025, Chery mencatatkan:

  • 1,026,517 unit kenderaan dijual (naik 14 peratus berbanding tahun lalu)
  • 287,798 unit NEV dijual (naik 111.5 peratus tahun ke tahun)
  • 443,940 unit dieksport ke pasaran luar (pengeluar eksport nombor satu China)

Sebagai gambaran, setiap 29 saat, satu kenderaan Chery dihantar ke luar negara!

Sementara itu, pada Mei 2025:

  • Jumlah jualan: 205,732 unit (naik 9.1 peratus)
  • Jualan Chery Automobile Co. Ltd: 191,567 unit (naik 7.2 peratus)
  • Jualan NEV: 63,169 unit (naik 47.7 peratus)
  • Jumlah eksport: 100,737 unit (naik 7.7 peratus)

Setakat akhir Mei 2025, jumlah pengguna global Chery mencecah 16.7 juta dengan lebih 4.94 juta pengguna antarabangsa.

Chery Rancang Tapak Pengeluaran dan Penyenaraian di Hong Kong

Awal tahun ini, Chery menghantar permohonan penyenaraian di Bursa Saham Hong Kong. Langkah itu bertujuan menjadikan Hong Kong sebagai pusat kewangan, logistik, inovasi dan bakat global syarikat tersebut.

Chery turut menyatakan minat menubuhkan pangkalan pengeluaran baharu di Hong Kong bagi memperkukuh perancangan peluasan operasi global.

Pendapatan Cecah RM117 Bilion, Fokus R&D dan Teknologi NEV

Enjin Chery - Kunpeng Tianqing
Enjin Chery - Kunpeng Tianqing

Pada suku ketiga 2024, Chery mencatat:

  • Pendapatan: 182.15 bilion yuan (RM117 bilion)
  • Keuntungan bersih: 11.31 bilion yuan (RM7.3 bilion)

Antara teknologi canggih dipamerkan adalah:

  • Enjin Kunpeng Tianqing dengan kecekapan 48 peratus
  • Motor elektrik kelajuan tinggi 30,000 rpm
  • Robot pintar Mogu

Pengurusan Chery turut mengesahkan hasil penyenaraian awam (IPO) di bursa saham akan digunakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) NEV dan peluasan pasaran global.

SUMBER: CarNewsChina

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Automobile Co. Ltd., Kenderaan Tenaga Baharu (NEV)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my