• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Volkswagen Golf GTI Edition 50 - Volkswagen Terpantas di Nürburgring, Atasi Masa Golf R!

Volkswagen Golf GTI Edition 50 - Volkswagen Terpantas di Nürburgring, Atasi Masa Golf R!

June 16, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
BELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran, tetapi Volkswagen Golf GTI edisi khas ini sudah pun mencatat sejarah!

Pada 20 Jun 2025, Volkswagen bakal memperkenalkan secara rasmi Volkswagen Golf GTI Edition 50 baharu sempena perlumbaan enduran 24 Hours Nürburgring.

GTI Paling Berkuasa Sempena Aniversari

Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025

Model istimewa itu, yang juga GTI pengeluaran paling berkuasa, direka khas sebagai model aniversari eksklusif sempena ulang tahun ke-50 ikon hot-hatch tersebut.

Sambutan ulang tahun ke-50 secara rasmi akan berlangsung pada 2026, selari kemasukan model baharu itu ke pasaran. Namun, Volkswagen Golf GTI Edition 50 sudahpun mencipta rekod dalam lipatan sejarah Nürburgring dan jenama Volkswagen.

Pelumba, Benny Leuchter melengkapkan satu pusingan di litar Nordschleife dengan kenderaan ujian pra-pengeluaran Volkswagen Golf GTI Edition 50 dalam masa 07:46.13 minit.

Ini rekod baharu mengagumkan kerana belum ada model Volkswagen versi jalanan yang mencapai kelajuan sebegitu di litar Nürburgring!

Kombinasi Kuasa, Ketepatan

Benny Leuchter - Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025

Leuchter, yang terlibat dalam ujian dan talaan casis untuk Jabatan Pembangunan jenama Volkswagen sejak bertahun lama, mencatatkan masa rekod baharu dalam pemanduan rekod rasmi Volkswagen

Golf GTI Edition 50 di Nürburgring.

Sangat mengagumkan betapa mudah Volkswagen ini dapat dipandu selaju itu di litar Nordschleife.

"Dari segi teknikal, Volkswagen Golf GTI Edition 50 di Nürburgring adalah sama seperti versi yang akan dijual pada masa depan." - Benny Leuchter

Volkswagen Golf GTI EDITION 50 dalam Pilihan Pakej Prestasi

Pilihan pakej ini merangkumi casis prestasi dan tayar semi-slik Potenza Race 19 inci yang sangat ringan daripada Bridgestone, yang dibangunkan khas untuk model itu.

Tayar tersebut dipasang pada rim tempa yang juga sangat ringan, dan secara ketara mengurangkan berat keseluruhan roda.

Persediaan Rekod Nordschleife

Benny Leuchter - Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Benny Leuchter - Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025

Leuchter berkata, semua tetapan Volkswagen Golf GTI Edition 50 membolehkan pemandu berada dalam laluan ideal di Nordschleife dengan ketepatan tinggi.

Menurutnya, jika anda ingin memandu laju di trek yang dikenali sebagai Green Hell, kereta perlu mampu mengimbangi permukaan beralun dan mencapai kelajuan tinggi ketika membelok.

Inilah dicapai Volkswagen Golf GTI Edition 50 dengan sempurna. Leuchter turut mengagumi kestabilan model itu yang kekal stabil serta-merta sepanjang 20.8km.

Salah Satu Kereta FWD Paling Lincah Dunia

Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025

Hampir sepuluh tahun lalu, Leuchter pernah memandu Volkswagen Golf GTI Clubsport S berkuasa 310ps untuk menetapkan rekod pusingan Volkswagen pertama di Nordschleife dengan catatan masa dalaman Volkswagen: 07:49.21 minit.

Ketika itu, tiada kenderaan pengeluaran pacuan roda depan (FWD) Volkswagen yang lebih pantas di Nordschleife.

Volkswagen Golf R 20 Years - Benny Leuchter
Volkswagen Golf R 20 Years - Benny Leuchter

Pada 2022, Leuchter mengatasi rekod terbaiknya sendiri dengan Volkswagen Golf R 20 Years (foto atas) pacuan semua roda (AWD) berkuasa 333ps catatan masa 07:47.31.

Sebagai makluman, masa pusingan di Nürburgring Nordschleife kedua-dua rekod terdahulu bermula dalam keadaan sudah bergerak di depan grandstand T13.

Permulaan dan penamat untuk kiraan adalah di permulaan dan akhir grandstand, manakala kira-kira 200 meter di antara jarak itu tidak dikira. Namun, masa pusingan rasmi 07:46.13 untuk Volkswagen Golf GTI Edition 50 itu sudah termasuk jarak tersebut.

Sebagai perbandingan lebih saksama, rakaman kamera pemuka (dashcam) dalam kereta menunjukkan masa 07:41.27 untuk pusingan setanding.

Atasi Rekod Golf R Versi AWD

Leuchter berkata, tiga tahun lalu, beliau tidak pernah membayangkan dapat mengatasi masa pusingan Golf R yang hebat menggunakan Volkswagen Golf GTI versi FWD, apatah lagi dengan catatan begitu ketara.

Menurutnya, rekod dicapai sekarang  dengan cuaca kurang baik nyata membuktikan persediaan mantap dan potensi luar biasa GTI tersebut.

Sebelum Volkswagen Golf GTI Edition 50 boleh ditempah secara rasmi, model berkenaan akan disenaraikan dalam kategori 'Model Pra-Siri' dalam senarai rasmi Nürburgring.

Benny Leuchter - Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Benny Leuchter - Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Benny Leuchter - Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025
Volkswagen Golf GTI EDITION 50 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Benny Leuchter, Litar Nurbugring, Volkswagen, Volkswagen Golf, Volkswagen Golf GTI, Volkswagen Golf GTI Edition 50

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
    Kenapa Semua Orang Gila JAECOO J7 PHEV? SUV Hibrid Premium Paling Berbaloi 2025!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
    Toyota Camry Terjunam Dari Tingkat 3 Akibat Tersilap Tekan Pedal Minyak
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev