• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / New Energy Asia Perkenal Stesen Pengecas EV Canggih untuk Pasaran Asean!

New Energy Asia Perkenal Stesen Pengecas EV Canggih untuk Pasaran Asean!

June 14, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
MALAYSIA terus memperkukuh kedudukan dalam ekosistem mobiliti elektrik serantau menerusi pelancaran syarikat usahasama strategik, New Energy Asia (NEA) Sdn Bhd antara Hicom Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd (HFC).

HESB ialah subsidiari kepada DRB-Hicom Berhad, manakala HFC ialah subsidiari kepada Lotus Technology Inc. Usahasama itu akan memasarkan pelbagai jenis peralatan pengecasan EV berteknologi tinggi dan berkualiti tinggi di Malaysia dan seluruh Asean.

Fokus Pengecas EV Canggih, Berkuasa Tinggi

New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih

Antara produk utama diperkenalkan ialah:

  • Pengecas DC 450kW penyejukan cecair (liquid-cooled): Mampu mengecas model Lotus Emeya dari 10-80 peratus hanya 14 minit!
  • Pengecas AC pintar 7kW, 11kW, dan 22kW: Boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna.
  • Pengecas DC kuasa sederhana ke tinggi 30kW-240kW penyejukan udara (air-cooled) dan 300-450kW penyejukan cecair (liquid-cooled).
  • Sistem storan tenaga pintar untuk kegunaan rumah dan komersial yang menyokong amalan tenaga lestari.

Gabungan Kepakaran Malaysia-China

HFC yang berpangkalan di China mempunyai rekod cemerlang membangunkan teknologi pengecas EV di pasaran global seperti Jerman dan Kuwait.

Kolaborasi itu bukan saja membolehkan HESB memperluas penawaran teknikal, tetapi juga membantu mempercepatkan pembangunan infrastruktur EV tempatan.

New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih

Pelancaran rasmi disempurnakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, dan turut dihadiri:

  • Pengerusi HESB dan Pengarah Urusan DRB-Hicom, Tan Sri Syed Faisal Albar
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lotus Group, Feng Qingfeng
  • Ketua Pegawai Operasi (COO) HESB, Hazrin Fazail Haroon
  • CEO NEA, Gordon Lee

Usahasama, Ekosistem dan Masa Depan

New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih

Pada majlis sama, NEA menandatangani beberapa Memorandum Kolaborasi bersama rakan industri tempatan untuk memperkukuh ekosistem EV dan pengilangan pengecas tempatan, seperti:

  • Pengembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D)
  • Sokongan integrasi industri tempatan
  • Penawaran penyelesaian komplementari

Misi jangka panjang NEA adalah menjadi pemacu utama mobiliti elektrik dan teknologi hijau di rantau ini yang bukan sekadar pembekal pengecas EV, tetapi juga sebagai pelaksana perubahan kepada sistem pengangkutan lebih mampan.

New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih
New Energy Asia (NEA) perkenal pengecas EV canggih

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV) Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, DRB-Hicom Berhad, Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd (HFC), HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB), Lotus Technology Inc, New Energy Asia Sdn Bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
    Hyundai TUCSON Baharu dan Hyundai SANTA FE Serba Baharu: SUV Moden Teknologi Tinggi untuk Gaya Hidup Aktif
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan
    Naik Taraf Sistem: 10 Stesen LRT Laluan Kelana Jaya Dibuka Lewat Mula Bulan Depan

PANDU UJI

JAECOO J8 Diuji Atas Jalan Berlumpur, Suspensi SUV Segmen-D Terbaik

Pengembaraan Off-Road Premium Pertama di Sepang Bay 13 Dua minggu … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev