• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kemalangan Sejak Mac 2025, Pemilik Proton X90 Kecewa Pusat Servis Lambat Baiki

Kemalangan Sejak Mac 2025, Pemilik Proton X90 Kecewa Pusat Servis Lambat Baiki

June 11, 2025 By Syafie Leave a Comment

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan
SEORANG pemilik Proton X90 meluahkan rasa kecewa dan tertekan selepas mendakwa kenderaan utiliti sukan (SUV) miliknya langsung tidak disentuh hampir tiga bulan walaupun segala urusan insuran sudah pun diluluskan sejak awal Mac 2025.

Dalam hantaran tular yang mendapat perhatian ramai, mangsa menjelaskan keretanya terlibat kemalangan pada 2 Mac 2025 dan sudah dihantar ke Pusat Servis Proton Ming Heng Flangship 4S Gombak.

Kereta Dipindahkan Tanpa Makluman

Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan
Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan

Pada 5 Mac, permohonan insuran sudah diluluskan dan sepatutnya kerja pembaikan boleh dimulakan, tetapi hingga 9 Jun lalu, kenderaannya masih lagi tidak dibaiki.

Pada 14 Mac, pemilik terkejut apabila mendapati SUV itu sudah dipindahkan ke bengkel lain tanpa sebarang makluman. Pelbagai usaha dilakukan termasuk membuat panggilan telefon berkali-kali, tetapi tiada penjelasan diberikan.

Difahamkan, dia hanya dihubungi semula selepas menghantar surat rasmi kepada pihak bengkel dan juga ibu pejabat Proton.

Alasan 'Tunggu Spare Part'

Pada 7 April, pemilik hadir sendiri ke bengkel untuk meninjau keadaan keretanya. Namun kereta berkenaan masih belum disentuh dan alasan diberikan sedang menunggu alat ganti.

Saya datang setiap minggu, tapi kereta tetap macam itu saja. 23 Mei mereka janji akan masukkan kereta ke bengkel minggu itu juga. Tapi sampai sekarang, habuk pun tak ada."

Beban Kewangan, Emosi

Insiden itu bukan saja memberi tekanan emosi, tetapi juga impak kewangan besar kepada mangsa kerana:

  • Bayaran ansuran bulanan masih perlu dijelaskan seperti biasa.
  • Terpaksa menyewa kereta lain untuk kegunaan harian.
  • Perbelanjaan meningkat dan tekanan mental semakin berat.

Insiden ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, terutama isu kecekapan pusat servis dan komunikasi dengan pelanggan. Ramai mendesak Proton memberikan penjelasan dan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) pengurusan kenderaan selepas kemalangan supaya pelanggan tidak terus teraniaya.

Setakat ini, difahamkan kes ini sedang dalam siasatan ibu pejabat Proton.

Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan
Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan
Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan
Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan
Pemilik kecewa SC lambat baiki Proton X90 kemalangan

SUMBER: FB AnipRahman

Related

28
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, kemalangan jalan raya, Perkhidmatan Selepas Jualan, Proton, Proton X90

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my