• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 15 Maut Nahas Bas Ekspres Bawa Pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli

15 Maut Nahas Bas Ekspres Bawa Pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli

June 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Kemalangan bas ekspres pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli
SEKURANG-kurangnya 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) maut dalam nahas tragis melibatkan bas eksres terbalik dan merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV), Perodua Alza di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi (Isnin).

Bas berkenaan membawa 42 pelajar UPSI yang sedang dalam perjalanan pulang ke kampus di Tanjung Malim dari Jertih, Terengganu selepas cuti perayaan Aidiladha.

13 Maut di Lokasi Kejadian

Kemalangan bas ekspres pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli
Kemalangan bas ekspres pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memaklumkan nahas itu berlaku sekitar jam 1 pagi dan melibatkan 48 mangsa. Daripada jumlah itu, 13 maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Sementara itu, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 di zon kuning, dan 16 di zon hijau di Hospital Gerik.

Setakat ini, 13 jenazah sudah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri (HRPB), Ipoh untuk dibedah siasat, manakala dua lagi dibedah siasat di Hospital Gerik.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan usaha menyelaras bantuan penginapan kepada keluarga mangsa sedang dijalankan bersama Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Kolej Komuniti Gerik.

Saya dalam perjalanan ke Hospital Ipoh untuk bertemu keluarga mangsa. Saya mohon semua berdoa supaya segala urusan dipermudahkan, dan semoga keluarga yang terlibat diberikan kekuatan."

Bilik Gerakan, Talian Hotline Dibuka

Kemalangan bas ekspres pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli
Kemalangan bas ekspres pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli
Kemalangan bas ekspres pelajar UPSI di Jalan Gerik-Jeli

Menurutnya, pihak UPSI membuka bilik gerakan dan hotline bagi membantu menguruskan kejadian tersebut.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof Dr Norkhalid Salimin mengesahkan bas berkenaan ialah bas sewa khas dan nahas itu berlaku ketika pelajar dalam perjalanan pulang ke kampus.

Insiden itu disifatkan sebagai tragedi terbesar yang meruntun hati warga pendidikan tinggi negara.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jalan Gerik-Jeli, kemalangan maut, Kenderaan Pelbagai Guna (MPV), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Isu Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 87,490 unit Kenderaan
    Isu Pam Bahan Api: Honda Malaysia Panggil Balik 87,490 unit Kenderaan
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev