• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

June 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PASARAN motosikal terpakai di Malaysia terus berdepan isu kepercayaan akibat peningkatan kes penipuan dan kekurangan ketelusan dalam urus niaga berbanding pasaran kereta terpakai yang lebih tersusun.

Ketua Pegawai Eksekutif iMotorbike.com, Gil Carmo berkata, pasaran ini masih tidak formal dan tiada pemeriksaan menyeluruh serta pensijilan bagi menjamin keselamatan pembeli.

Penipuan sering berlaku melalui iklan dalam talian dan media sosial, di mana penjual yang tidak dapat dikesan menawarkan harga rendah untuk menarik pembeli.

Antara taktik biasa yang digunakan adalah seperti:

  • Menjual motosikal tanpa jaminan
  • Dokumen palsu
  • Pengubahsuaian haram
  • Penjual yang menghilang selepas menerima bayaran pendahuluan.

Tambahan pula, penipuan seperti memanipulasi odometer juga kerap digunakan untuk menaikkan harga jualan.

Menurut Carmo, pembeli perlu lebih peka terhadap tanda-tanda penipuan dan hanya berurusan dengan penjual sah. Beliau menekankan perlunya usaha industri untuk memperkenalkan pemeriksaan berstruktur, jaminan dan dokumentasi sah bagi meningkatkan perlindungan pengguna serta keyakinan terhadap pasaran.

Sebagai langkah pencegahan, iMotorbike telah memperkenalkan pemeriksaan 170 mata oleh mekanik bertauliah, jaminan enam bulan, serta polisi pemulangan dalam tempoh enam hari.

Syarikat juga hanya menggunakan foto dan video asli serta menggalakkan pembeli untuk memandu uji motosikal sebelum membeli bagi menjamin ketelusan dan ketenangan fikiran.

Berdasarkan data Bukit Aman, penipuan kekal sebagai jenayah paling tinggi direkodkan dengan kerugian lebih RM2.45 bilion pada 2023.

Sebanyak 35,368 kes penipuan dalam talian direkodkan, membabitkan kerugian lebih RM1.57 bilion, ini jelas menunjukkan betapa tinggi risiko yang dihadapi pengguna termasuk dalam pembelian motosikal terpakai.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jual Beli Motosikal, Motosikal Terpakai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
    Ops Khas Hari Raya Aidiladha 2025 Mula 4 Jun Ini di Seluruh Negara
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai
    Penipuan, Kurang Ketelusan Jejas Kepercayaan dalam Pasaran Motosikal Terpakai

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev