• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Chery Buat Kejutan di Bukit Bintang, Ada Apa Dalam Kotak?

Chery Buat Kejutan di Bukit Bintang, Ada Apa Dalam Kotak?

May 30, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEBUAH kontena besar berwarna menarik yang dihiasi reben gergasi kini mencuri tumpuan orang ramai di Jalan Bukit Bintang, tepat di hadapan The Starhill.

Dengan hanya menampilkan logo Chery dan frasa ringkas 'Teka Apa di Dalam", kempen ini nyata mencetus rasa ingin tahu di kalangan pengunjung berdekatan kawasan itu.

Tanpa sebarang petunjuk jelas, kontena itu menjemput orang ramai untuk mengintai melalui tingkap khas yang dibina pada kontena tersebut. Di dalamnya tersimpan sesuatu yang kelihatan bergaya, berani dan penuh misteri, namun identitinya masih menjadi tanda tanya.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kempen urban terbaru Chery yang menyasarkan generasi pemandu muda yang mementingkan gaya hidup unik, penuh semangat dan berbza.

Malah, ia direka untuk mencetus perbualan serta menarik perhatian khalayak dengan cabaran untuk meneka apa yang sedang disembunyikan.

Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew berkata;

Kami ingin semua rakyat Malaysia merasai keterujaan ini. Apa yang ada dalam kotak itu bukan sesuatu yang biasa kerana ia menandakan langkah berani Chery untuk terus berkembang dan mendekati generasi muda."

Sejak kempen ini dilancarkan, ia mula tular di media sosial dengan hastag #crosswonderfullife, apabila orang ramai beratur untuk mengintai isi kontena dan membuat tekaan masing-masing. Mereka yang berjaya meneka model kenderaan Chery dengan tepat bakal membawa pulang hadiah istimewa.

Pendedahan penuh dijangka dilakukan dalam beberapa minggu akan datang dan setakat ini misteri dalam kontena itu masih lagi berterusan dan kekal menjadi tanda tanya kepada orang ramai.

Untuk pengetahuan semua, kempen ini akan berlangsung dari 29 Mei hingga 3 Jun di Starhill. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai aktiviti ini dan teka sendiri apa yang tersembunyi dalam kotak misteri Chery.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bukit Bintang, Chery Malaysia, Kempen Chery Malaysia, Starhill

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev