• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Puspakom Perketat Prosedur Pemeriksaan Berkala Mula 1 Jun 2025

Puspakom Perketat Prosedur Pemeriksaan Berkala Mula 1 Jun 2025

May 30, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Pusat pemeriksaan Puspakom
BERMULA 1 Jun ini, prosedur di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) akan diperketat berperingkat selepas menerima arahan rasmi daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang selaras usaha Kerajaan meningkatkan keselamatan jalan raya, terutama kenderaan berat.

Penambahbaikan itu diumumkan berikutan beberapa insiden membabitkan kemalangan kenderaan berat yang menimbulkan kebimbangan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke SIew Fook sebelum ini menegaskan keperluan meningkatkan pengawasan ke atas komponen kritikal seperti tayar dan sistem brek dalam ujian pemeriksaan Puspakom.

Dua Penambahbaikan Utama Bermula 1 Jun

Pusat pemeriksaan Puspakom
Pusat pemeriksaan Puspakom

1. Pemeriksaan Tayar Kenderaan Berat

Sebelum ini, kenderaan berat itu diluluskan jika salah satu tayar memiliki ketebalan bunga sekurang-kurangnya 75 peratus atau minimum 1.6mm.

Kini, keseluruhan tayar wajib mempunyai ketebalan bunga tidak kurang 1.6mm untuk lulus.

2. Struktur Sideboard Lori Jenis LRD, SKD

Pemilik kenderaan wajib membawa permit kenderaan ketika hadir Pemeriksaan Berkala. Pemeriksaan akan digagalkan jika sideboard melebihi 762mm atau 610mm (mengikut spesifikasi muatan) dan tidak mematuhi jenis muatan dibenarkan dalam permit.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Puspakom, Mahmood Razak Bahman berkata, langkah ini dapat meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap sistem pemeriksaan yang telus dan profesional.

Kami menyeru semua pemilik kenderaan berat untuk bersedia dengan prosedur baharu ini demi keselamatan bersama di jalan raya," katanya.

Pusat Sedia Sepenuhnya

Pusat pemeriksaan Puspakom

PUSPAKOM kini sedang mengemas kini sistem, peralatan dan tenaga kerja di 53 pusat pemeriksaan dan 30 tapak lawatan seluruh negara. Penyediaan itu termasuk sokongan melalui Perkhidmatan Pemeriksaan Bergerak, seperti trak dan van bergerak bagi kemudahan pelanggan di kawasan luar bandar.

Maklumat lanjut dan tempahan perkhidmatan boleh layari www.mypuspakom.com.my.

Pusat pemeriksaan Puspakom
Pusat pemeriksaan Puspakom

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mahmood Razak Bahman, Pemeriksaan Berkala Puspakom, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), PUSPAKOM

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my