SEPERTI diramalkan, Yamaha Hong Leong Motor (HLYM) secara rasmi memperkenalkan Yamaha NVX 155 ke pasaran tempatan. Model skuter yang dinanti-nanti ramai itu dijual pada harga RM10,500 dan turut menerima pengiktirafan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
HARGA
- Yamaha NVX 155 - RM10,500
* Atas jalan termasuk GST, tanpa insurans dan cukai jalan
Pada Oktober tahun lalu, Yamaha NVX 155 menggemparkan peminat tempatan dengan melakukan kemunculan sulung pada acara MotoGP. Ternyata kehadiran motosikal tersebut membuatkan ramai peminat skuter tidak senang duduk.
Di Indonesia, Yamaha NVX 155 (dikenali sebagai Aerox 155) didatangkan dalam tiga varian, Standard, Versi S dan S (paling premium). Namun, bagi pasaran Malaysia, Yamaha NVX 155 hanya didatangkan dalam satu varian saja - paling premium.
ENJIN SAMA SEPERTI NMAX
Aspek mekanikal, Yamaha NVX 155 menggunakan enjin sama seperti NMAX berkapasiti 155cc dengan teknologi Blue Core daripada enjin silinder tunggal 4-lejang. Hasilnya, skuter itu mampu menjana kuasa 14.8hp dan tork 14.4Nm bersama padanan sistem transmisi V-Belt automatik. Bagi kecekapan bahan api, Yamaha NVX 155 didatangkan dengan sistem Mula-Henti (Start-Stop).
MENARIK TENTANG YAMAHA NVX 155
Berikut spesifikasi lengkap Yamaha NVX 155 untuk pasaran Malaysia:
- Lampu depan dan belakang LED.
- Brek depan besar dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).
- Fork depan lebih besar bersaiz 26mm.
- Ruang simpanan bawah pelana bersaiz 25 liter - boleh muat dua helmet.
- Ruang simpanan mini berserta soket elektrik untuk mengecas telefon pintar.
- Skrin LCD 5.8 inci.
- Sistem kunci pintar (keyless) dengan imobiliser.
- Sistem Mula-Henti - membantu kecekapan bahan api dengan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
- Pemegang belakang bersepadu - rekaan tampil lebih moden dan dinamik.
- Tayar tanpa tiub 110/80-14 (depan); 140/70-14 (belakang).
- Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan ciri keselamatan.
- Walaupun tampak lebih besar daripada NMAX, tetapi berat keseluruhan 11kg lebih ringan (berat Yamaha NVX 155 - 160kg).
- Panel digital sepenuhnya untuk paparan informasi seperti kelajuan, rpm, takat minyak dan operasi VVA.
SPESIFIKASI
ENJIN 155cc SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal
DIAMETER & LEJANG 58mm x 58.7mm
NISBAH MAMPATAN 10.5: 1
KUASA MAKSIMUM 11kW (15PS) @ 8,000rpm
TORK MAKSIMUM 13.8Nm @ 6,250rpm
SISTEM PENGHIDUP Elektrik
SISTEM MINYAK Suntikan bahan api
TRANSMISI V-belt automatik
PANJANG x LEBAR x TINGGI (mm) 1,990 x 700 x 1,125
JARAK RODA 1, 350mm
BERAT 118kg
KAPASITI TANGKI 4.6L
FREM
JENIS Underbone
SUSPENSI Teleskopik (depan); Lengan Ayun (belakang)
TAYAR 110/80-14M/C 53P (depan); 140/70-14M/C 62P (belakang)
BREK Cakera 230mm (depan); Dram 130mm (belakang)
48r4him says
y,in malaysia too expensive then other country (indon n thailand)... .is it price for support gov?
Wan says
Sori. Minta maaf. Tak mungkin aq nak berbelanja 10k keatas semata untuk skuter yg msih soch ni. Mahal nak mampos!
Terpakselah amik ego je.
Ghost Rider says
Paling Premium and 155cc, ok la tu RM10,500...nak murah ambik Solariz atau Avantiz la bro..habis cerita.
kerbau says
nak murah naik bas.
suhaidi says
knp yer di indonesia ada 3 versi tapi di malaysia ada 1 versi...
kata malaysia maju tapi selalu dibelakang..
Rosdi says
tak baca betul2 ke, kan dh bagitahu versi paling premium.... a.k.a full spec... takkan la rakyat malaysia nk pakai yang cikai cikai
EzZeZz says
Betul2 diorg ni x reti nak baca betul2 agaknya.. dah tentu yg versi Malaysia varian yg paling premium!
Helmy says
Kt indonesia versi premium pun rm 8000 je bro
Shafina says
Kat kedai mana harga nvx 155 tan semua 12k . Boleh recommet kedai motor
Sam says
Blh suggest kt sy kdi mna yg ad.stok tuk mtor ni..urgnt n yg dpt hrg 10500...sbb sy p tnya kdi mejoriti.12500&11800...tlg.bgtaw sy mna sy nk dpt mtor yg nvx dgn hrga 10500...harap sgt yer kwn2...blh whtsap sy 0133344278
Ffwc says
Jumpa tak bro? Aku pun cari tak jumpa bawah 11k
Man jerun says
Nape tanya kedai harga rm 12500
nyak says
tu harga motor shj bos.. tak termasuk harga on the road (cukai + insuran + cukai jalan).. harga kt kedai skrg 11800
[email protected] says
diposit brapa ya ?
El-Ghafari says
Setakat ni Nvx terbaik dr aspek pemanduan,stabil dan mengancam!Psl harga tepok dada tanya poket la bro.Malaysia mmng biasa la,harga mahal berbanding Indon/Thailand.Tax mahal bro.