• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kilang Baharu Toyota GR Corolla di UK Hanya untuk Pasaran Amerika Utara?

Kilang Baharu Toyota GR Corolla di UK Hanya untuk Pasaran Amerika Utara?

May 28, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter

Kilang Toyota GR Corolla
TOYOTA sedang melakukan persiapan meningkatkan pengeluaran model hot-hatch GR Corolla dengan melakukan pelaburan dan memanfaatkan sepenuhnya fasiliti di Derbyshire, England.

Berdasarkan laporan, model GR Corolla yang dihasilkan di England itu akan dihantar terus ke Amerika Utara untuk memenuhi permintaan di situ selain memendekkan waktu menunggu.

Kilang di Jepun Sudah Capai Pengengluaran Maksimum

Kilang Toyota GR Corolla

Buat masa ini, semua unit GR Corolla dihasilkan di kilang Motomachi Toyota di Yokohama, Jepun. Tahun lalu, kilang itu menghasilkan 8,000 unit, tetapi masih gagal memenuhi jumlah permintaan.

Kilang di Jepun itu sudah mencapai tahap pengeluaran maksimum, manakala kilang Toyota di Amerika Utara pula menumpukan pengeluaran model hibrid.

Kilang Baharu UK untuk Permintaan Amerika Utara?

Toyota GR Corolla

CarScoops memetik laporan Reuters yang mendakwa dua individu yang tahu mengenai rancangan itu mengatakan, Toyota akan melabur 8 bilion yen (RM235 juta) untuk menyiapkan barisan pengeluaran GR Corolla di kilang Burnaston di Derbyshire.

Projek itu dijangka lengkap dan mula beroperasi pertengahan 2026 dengan output tahunan 10,000 unit khas untuk pembeli di Amerika Utara. Kumpulan jurutera juga akan dihantar dari Jepun ke England untuk memastikan peralihan projek berjalan lancar.

Reuters dalam laporan juga mendakwa syarikat automotif itu enggan mengesahkan laporan tersebut, tetapi mengakui 'sentiasa mencari jalan untuk mengoptimumkan pengeluaran'.

Model GR Corolla keluaran Jepun akan digunakan untuk pasaran negara itu selain dieksport ke Australia, Brazil, Indonesia, Malaysia, New Zealand dan Afrika Selatan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autoterkini, Roda4, toyota gr corolla

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev