• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Jentera F1 Michael Schumacher Dilelong RM76.8j!

Jentera F1 Michael Schumacher Dilelong RM76.8j!

May 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Jentera FI Michael Shumacher dilelong RM76.8 juta
JENTERA Ferrari dipandu legenda Formula Satu (F1), Michael Schumacher yang memenangi kejuaraan Grand Prix (GP) Monaco 2001 dilelong pada harga €15.98 juta (RM76.8 juta) dalam satu acara lelongan berprestij di luar acara GP tersebut.

Bidaan awal jentera itu dibuka pada harga €8 juta (RM 38 juta) dan menarik minat pembeli di kawasan VIP litar lumba itu sebelum akhirnya dibeli seorang tetamu yang turut menyaksikan pelumba Britain, Lando Norris menjuarai perlumbaan GP Monaco, Ahad lalu.

Jentera Juara GP Monaco 2001

Jentera F1 Michael Schucmacher di GP Monaco 2001
Michael Schucmacher

Jentera Ferrari itu pernah membawa Schumacher meraih kemenangan di GP Monaco pada 2001 dalam misi mencapai gelaran juara dunia ketujuh.

Rumah lelongan, RM Sotheby's yang mengendalikan lelongan itu mengesahkan harga dicapai adalah antara tertinggi pernah dicatatkan bagi sebuah jentera F1 Ferrari.

Malah, The New York Times (NYT) melaporkan, itu rekod baharu bagi kategori jentera F1 Ferrari yang pernah dilelong.

Rekod Masih Dipegang Mercedes W196

Mercedes-Benz W196
Mercedes-Benz W196

Bagaimanapun, rekod keseluruhan harga tertinggi lelongan jentera lumba F1 masih dipegang Mercedes W196 yang dipandu Juan Manuel Fangio dan Stirling Moss era 1950-an pada harga lelongan AS$52 juta (RM220 juta).

Schumacher bersara dari F1 akhir musim 2006 sebelum kembali bersama Mercedes pada 2010 dan menamatkan karier secara rasmi pada 2012.

SUMBER: NYTimes

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ferrari F1, GP Monaco, GP Monaco 2001, Jentera F1 Michael Schumacher, kereta lelong, Michael Schumacher, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my