• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Naza Auto Lancar Bilik Pameran Perdana Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya!

Naza Auto Lancar Bilik Pameran Perdana Suzuki Cars Malaysia di Petaling Jaya!

May 27, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


NAZA Automotive Group, menerusi anak syarikatnya iaitu Naza Eastern Motors secara rasmi melancarkan bilik pameran perdana pertama Suzuki Cars Malaysia yang terletak bersebelahan Naza Auto Mall, Petaling Jaya.

Kemudahan berteknologi tinggi seluas 5,000 kaki persegi ini direka untuk mentakrifkan semula pengalaman runcit Suzuki dan mempercepatkan pertumbuhan jenama tersebut di pasaran tempatan.

Bilik pameran ini menampilkan reka bentuk korporat baharu Suzuki dengan zon berwarna-warni, kaunter perkhidmatan khusus, lounge gaya hidup lengkap dengan sudut kanak-kanak serta bilik perbincangan peribadi.

Ia mencerminkan komitmen Naza Auto terhadap inovasi berasaskan pelanggan dan pertumbuhan perniagaan yang mampan.

Pengerusi Naza Auto, Datuk Jasmy Ismail menyatakan bahawa pelancaran ini sejajar dengan trasformasi strategik syarikat untuk memberi tumpuan kepada segmen mobiliti kompak dan urban, sambil memperkukuh hubungan dengan pelanggan.

Usaha ini juga bertujuan untuk mengekalkan kedudukan Suzuki sebagai jenama pilihan di tengah persaingan industri automotif Malaysia.

Beliau turut menekankan bahawa Suzuki Cars Malaysia merupakan komponen penting dalam strategi pertumbuhan syarikat. Naza Auto merancang untuk memperluaskan rangkaian pengedar, memperkenalkan penyelesaian selepas jualan inovatif, serta membangunkan program kesetiaan pelanggan yang bersesuaian dengan keperluan semasa.

Pelancaran ini mengukuhkan lagi kedudukan Naza Auto sebagai hab utama bagi semua model baharu Suzuki di Malaysia.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bilik Pameran Suzuki, NAZA Automotive Group, Naza Eastern Motors, Suzuki Cars Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev