• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hutang Isi Rumah Tinggi Jejaskan Jualan Kenderaan Thailand

Hutang Isi Rumah Tinggi Jejaskan Jualan Kenderaan Thailand

May 26, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Beli kereta di Thailand
INDUSTRI automotif Thailand
terus bergelut dengan ketidaktentuan walaupun jualan kenderaan domestik meningkat sedikit bulan lalu (April 2025), buat kali pertama dalam tempoh 23 bulan, lapor persatuan industri Thailand, Federation of Thai Industries (FTI).

Jurucakap Kelab Industri Automotif FTI, Surapong Paisitpatanapong berkata, pertumbuhan kecil 1 peratus tahun ke tahun kepada 47,193 unit dipacu kempen promosi besar-besaran kenderaan elektrik (EV), terutama ketika Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2025, April lalu.

Pengeluaran Jatuh Paras Terendah Sejak 2021

Kilang automotif di Thailand

Walaupun jualan tempatan meningkat sedikit, pengeluaran keseluruhan kenderaan April lalu menurun 0.4 peratus kepada 104,250 unit, iaitu paras terendah dalam tempoh 44 bulan sejak September 2021. Penurunan tersebut dipengaruhi pengeluaran eksport yang lemah, khususnya segmen kereta penumpang.

Pada masa sama, eksport kenderaan jatuh 6.3 peratus kepada 65,730 unit, berpunca daripada:

  • Penukaran model baharu
  • Peraturan emisi ekzos lebih ketat untuk kereta pembakaran dalam (ICE)
  • Ekonomi perlahan di negara rakan dagang Thailand.

Bagi tempoh Januari hingga April 2025, jumlah eksport automotif di Thailand menurun 14.7 peratus kepada 290,288 unit.

Jualan Kenderaan ICE Menurun, EV Meningkat 180 Peratus

Jualan EV di Thailand

Dalam negara, walaupun ada peningkatan keseluruhan, jualan kereta ICE jatuh hampir 12 peratus kepada 11,227 unit, manakala jualan EV bateri melonjak 180 peratus yang menunjukkan perubahan minat pengguna kepada mobiliti hijau.

Jualan trak pikap ICE juga jatuh 22 peratus kepada 10,937 unit.

Hutang Isi Rumah Tinggi Jejas Pinjaman Kereta

FTI berkata, hutang isi rumah tinggi kekal menjadi penghalang utama pertumbuhan sektor automotif dengan tahap hutang isi rumah kepada KDNK Thailand 88.4 peratus pada 2024. Peratusan itu masih tinggi walaupun menurun daripada kemuncak 95.5 peratus pada 2021.

Kesannya, bank dan syarikat kredit kenderaan lebih berhati-hati meluluskan pinjaman kerana bimbang risiko pinjaman tidak berbayar (NPL). Nilai penyitaan kereta dijangka mencecah 4.4 bilion baht (RM569.4 juta)tahun ini.

Insentif Trak Pikap Dijangka Bantu Pulihkan Ekonomi

Logo Thai Credit Guarantee Corporation (TCG)

Sebagai langkah pemulihan, Kerajaan Thailand pada Mac lalu bersetuju menyalurkan dana 5 bilion baht (RM647 juta) melalui agensi khas bawah Kementerian Kewangan, Thai Credit Guarantee Corporation (TCG) untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) membeli trak pikap.

Trak pikap penting untuk ekonomi kerana ramai usahawan kecil bergantung kepada kenderaan ini untuk mencari rezeki,” kata Surapong.

Automotif Thailand Hadapi Fasa Mencabar

Pasaran automotif Thailand sedang melalui fasa mencabar, tetapi permintaan untuk EV dan campur tangan kerajaan boleh menjadi pemangkin kepada pemulihan. Namun, isu asas seperti hutang isi rumah masih perlu ditangani untuk memastikan pertumbuhan mampan jangka panjang.

 

SUMBER: BangkokPost

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Automotif Thailand, EV Thailand, Federation of Thai Industries (FTI), Jualan Kereta Thailand, Surapong Paisitpatanapong, Thai Credit Guarantee Corporation (TCG)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
    Yamaha NVX 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM11k!
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev