• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ketua Menteri Pulau Pinang Pertahan Beli 15 Unit Toyota Camry Bernilai RM3.3j

Ketua Menteri Pulau Pinang Pertahan Beli 15 Unit Toyota Camry Bernilai RM3.3j

May 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan Toyota Camry baharu Kerajaan Pulau Pinang
KETUA Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tampil mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri membeli 15 unit Toyota Camry 2.5 (AT) yang diimport (CBU) bagi kegunaan Exco dan pegawai kanan pentadbiran, walaupun pembelian itu mengundang kritikan berikutan situasi kewangan negeri.

Menurutnya, pembelian tersebut sebahagian dasar tetap Kerajaan Negeri sejak 2013 yang menetapkan kenderaan rasmi ditukar setiap enam tahun bagi menjimatkan kos penyelenggaraan dan memastikan keselamatan pengguna, kerana kali terakhir pembelian dilakukan pada 2019.

Kenderaan Lama Masih Digunakan Semula

Chow menjelaskan, kenderaan lama yang masih berfungsi akan digunakan semula bagi kumpulan kenderaan sokongan, tetapi bilangan tidak mencukupi dan penyelenggaraan menjadi semakin mahal, serta ditambah kos baik pulih mencecah RM42,144 setiap unit atau RM650,000 secara keseluruhan.

Pembelian baharu itu melibatkan peruntukan RM3.31 juta dengan 10 unit untuk barisan Exco, tiga unit untuk ahli ex-officio, dan masing-masing sebuah untuk Speaker dan Timbalan Speaker DUN Pulau Pinang.

Bukan Boros, Tapi Keperluan Operasi, Keselamatan dan Penjimatan Jangka Panjang

Semua kenderaan dilaporkan sudah diterima dua bulan lalu.

Menjawab kritikan, beliau menegaskan keputusan tersebut bukan bersifat boros tetapi mempertimbang keperluan operasi, keselamatan, dan penjimatan jangka panjang untuk Kerajaan Negeri yang terus berdepan cabaran kewangan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Kerajaan Pulau Pinang, Toyota Camry 2.5

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my