• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pakar: Jualan Kenderaan 2025 Dijangka Merosot Bawah 800,000 Unit

Pakar: Jualan Kenderaan 2025 Dijangka Merosot Bawah 800,000 Unit

May 22, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


HONG Leong Investment Bank (HLIB) menjangka jumlah jualan kenderaan (TIV) Malaysia tahun ini menurun kepada 750,000 unit berbanding 816,700 unit pada 2024.

Penurunan ini disebabkan penyusutan tempahan tertunggak dan kemerosotan pengambilan tempahan baharu.

HLIB turut menjelaskan pelancaran model baharu dan strategi pemasaran agresif dilakukan pengeluar kenderaan mungkin membantu merangsang jualan. Namun pada masa sama boleh memberi tekanan terhadap margin keuntungan.

MAA Optimis TIV 2025 Mampu Capai 780,000 Unit

Logo Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Bagaimanapun Persatuan Automotif Malaysia (MAA) pula lebih optimistik dengan mengunjurkan TIV 2025 kepada 780,000 unit.

Pada April 2025, jualan kenderaan menurun 16.8 peratus kepada 60,527 unit berbanding Mac 2025 berikutan bilangan hari bekerja berkurangan ketika sambutan Aidilfitri.

Jumlah jualan kumulatif setakat April 2025 mencatatkan 248,730 unit, menyusut 5.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

MIDF Amanah Jangka Jualan 792,000 Unit

Logo MIDF Amanah Investment Bank

MIDF Amanah Investment Bank pula mengekalkan unjuran TIV 2025 pada 792,000 unit, hampir sejajar anggaran MAA.

MIDF turut menjangka jualan Mei 2025 pulih secara bulanan didorong permintaan di Malaysia Timur sempena perayaan Kaamatan dan Gawai, termasuk sokongan model-model baharu yang dilancarkan awal tahun ini.

Perubahan cukai eksais pada Januari 2026 yang berpotensi menaikkan harga kereta hingga 30 peratus dijangka turut mempengaruhi corak pembelian pada 2025.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Hong Leong Investment Bank (HLIB), Jumlah Jualan Kenderaan (TIV), MIDF Amanah Investment Bank, pakar, Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev