• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MBSA Tiada Kuasa Alih Kenderaan Terbiar di Kawasan Persendirian, Strata

MBSA Tiada Kuasa Alih Kenderaan Terbiar di Kawasan Persendirian, Strata

May 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Lori sita dan tunda MBSA
MAJLIS Bandaraya Shah Alam (MBSA) mempunyai kuasa mengalihkan dan menyita kenderaan terbiar di kawasan awam mengikut Seksyen 46(1)(2) Akta Jalan, Parit, dan Bangunan 1974.

Namun kuasa itu tidak meliputi kawasan persendirian atau perumahan strata seperti pangsapuri yang tertakluk bawah bidang kuasa Badan Pengurusan Bersama (JMB).

MBSA Tiada Hak Sita, Tunda di Pangsapuri

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Fauzi Aziz Maamor berkata, JMB mempunyai kuasa melaksanakan tindakan ke atas kenderaan usang dalam kawasan pangsapuri berdasarkan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) selaras SOP ditetapkan MBSA.

MBSA menerima pelbagai aduan mengenai lambakan kenderaan buruk di kawasan pangsapuri melalui sistem i-Adu, SISPAA dan saluran lain.

Perlu Kerjasama JMB, Persatuan Penduduk dan MBSA

Kereta terbiar di perumahan strata
Kereta terbiar di perumahan strata

Bagaimanapun penyelesaian isu tersebut memerlukan kerjasama antara JMB, persatuan penduduk dan MBSA, selain sikap bertanggungjawab pemilik kenderaan sendiri.

MBSA akan mengeluarkan notis kepada pemilik kenderaan untuk mengalihkan kenderaan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari. Jika tiada tindakan diambil, kenderaan akan ditunda ke depoh simpanan MBSA dengan kos penundaan sekitar RM300 ditanggung JMB atau pemilik.

Masalah lebih rumit timbul jika pemilik gagal dikesan atau sudah meninggal dunia.

Mohd Fauzi berkata, ruang simpanan di depoh MBSA adalah terhad dan pihaknya terbuka berbincang dengan semua pihak bagi mencari penyelesaian, termasuk penambahbaikan dasar pengurusan parkir, terutama di pangsapuri kos rendah.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Badan Pengurusan Bersama (JMB), Kenderaan Terbiar, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MBSA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my