• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Hon Kereta Belakang Punca Gajah Mengamuk, Rosakkan Vios di Jalan Gerik-Jeli

Hon Kereta Belakang Punca Gajah Mengamuk, Rosakkan Vios di Jalan Gerik-Jeli

May 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Bunyi hon buat gajah mengamuk jalan Gerik-Jeli
SATU insiden gajah mengamuk hingga merosakkan kenderaan berlaku di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, berhampiran Tugu Peringatan Sungai Lebey, Perak semalam.

Insiden dipercayai berpunca daripada bunyi hon yang dibunyikan kenderaan lain ketika sekumpulan gajah sedang melintas.

Mengamuk Sebab Bunyi Bising Hon

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 11.36 malam daripada seorang lelaki berusia 39 tahun yang memandu Toyota Vios dalam insiden sekitar jam 8.15 malam.

Menurut sumber awam yang tular, dikatakan gajah mengamuk merosakkan kenderaan berhampiran Tugu Peringatan Gerik - Jeli malam ini dekat Batu 11. pic.twitter.com/vObjYmBVWi

— Perak Press (@PerakPress) May 20, 2025

Menurut Zulkifli, mangsa memberhentikan kenderaan dan mematikan lampu sebaik saja melihat gajah melintas, tetapi bunyi hon dari arah belakang dipercayai mencetuskan kemarahan haiwan tersebut.

Susulan itu, tiga ekor gajah menghampiri kereta mangsa dan merosakkan bahagian depan, belakang, dan sisi kenderaan.

Pemandu Keluar Selamatkan Diri

Bagaimanapun, pemandu sempat keluar dari kenderaan dan menyelamatkan diri tanpa mengalami sebarang kecederaan. Selepas kawanan gajah beredar, mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Polis menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila melalui kawasan yang sering dilalui hidupan liar dan mengelak membunyikan hon atau menggunakan lampu tinggi yang boleh mencetuskan reaksi agresif haiwan berkenaan.

Gajah mengamuk di jalan Gerik-Jeli dekat Sungai Lebey, Perak
Gajah mengamuk di jalan Gerik-Jeli dekat Sungai Lebey, Perak
Gajah mengamuk di jalan Gerik-Jeli dekat Sungai Lebey, Perak
Gajah mengamuk di jalan Gerik-Jeli dekat Sungai Lebey, Perak

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gajah Mengamuk, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Kemalangan Gerik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my