SEORANG pengawal keselamatan wanita berusia 28 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan pemerasan terhadap pengunjung hospital pada 23 Disember tahun lalu.
Insiden itu terbongkar selepas tular video 55 saat yang dimuat naik di media sosial.
Minta RM50 Sebab Parkir Tempat Larangan
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video berkenaan menunjukkan seorang wanita mendesak wang tunai RM50 milik ibunya dikembalikan suspek pengawal itu.
Insiden tersebut dipercayai berpunca daripada isu parkir di kawasan hospital.
Alang-alang ramai dah kena ni, hati hati bila pergi Hospital Kajang nama dia Manusha.
target dia orang tua orang luar. alasan dia adalah parking staff dan untuk claim atau bayar dia duit rm50. pic.twitter.com/AsCM0o9F1m
— ًِ (@bckupacc99) May 18, 2025
Video tersebut mendapat perhatian ramai hinga mencetuskan kemarahan netizen yang mendakwa pengawal keselamatan itu mengambil kesempatan dengan meminta wang daripada pengunjung yang meletakkan kenderaan di lokasi tidak dibenarkan.
Ditahan, Direman Dua Hari
Naazron berkata, suspek turut mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan tidak sopan kepada mangsa. Menurut laporan dibuat seorang wanita berusia 31 tahun, polis menahan suspek pada hari sama dan direman dua hari untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan atas kesalahan pemerasan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
SUMBER: SinarHarian
Leave a Reply