• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

Perancis Mahu Haramkan Semua Kereta Petrol, Diesel Pada 2040

July 9, 2017 By Azhan O 3 Comments

646
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MEMANG pantas dunia berlalu, jika anda mahu membeli kereta di Perancis 23 tahun dari sekarang, tiada lagi pilihan kereta dengan enjin pembakaran dalaman. Ini kerana Kerajaan Perancis pada Khamis lalu mengumumkan mahu mengharamkan jualan semua kereta petrol dan diesel menjelang 2040.

Keputusan tersebut adalah sebahagian daripada rancangan untuk mencapai sasaran ditetapkan dalam perjanjian iklim Paris. Sebagai tambahan kepada pengharaman 2040 itu, pemilik kereta diesel yang dibuat sebelum 1997 dan petrol sebelum 2001 bakal ditawarkan insentif kewangan untuk melupuskan kenderaan masing-masing.

Kerajaan Perancis akan menyediakan sokongan kewangan kepada syarikat swasta bagi membantu mencapai sasaran negara, dan juga mengumumkan hasrat untuk menghentikan penggunaan stesen kuasa dikuasakan arang batu menjelang 2022.

BUKAN PERANCIS SAJA

kereta-ev-paris-1
kereta-ev-paris-4
kereta-ev-paris-3
kereta-ev-paris-2

Pengisytiharan itu muncul sehari selepas Volvo mengumumkan hanya akan mengeluarkan kenderaan hibrid dan elektrik menjelang 2019. Negara Eropah lain seperti Norway dan Belanda turut menguarkan hasrat menghentikan penjualan kereta petrol dan diesel menjelang 2025.

Sementara itu, pada tahun lalu, beberapa ahli parlimen senior Jerman turut menyarankan Kerajaan negara itu melakukan perkara sama pada 2030 nanti. Sementara itu, di Britain, Parti Konservatif dalam kempen pilihan raya 2017 baru-baru ini mendedahkan manifesto parti untuk mengharamkan semua kenderaan diesel dan petrol menjelang 2050, tetapi pengecualian diberikan kepada kereta-kereta klasik.

SUMBER: Car Throttle

Related

646
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Perancis, Perancis haramkan kenderaan diesel dan petrol

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev