• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

May 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


SEORANG lelaki berusia 20 tahun dari Pattani yang disyaki mencuri kenderaan majikan ditemui maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan lori ketika cuba melarikan diri menaiki motosikal curi di Jalan Sungai Lalang-Bukit Selambau, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai makan terbabit dalam dua insiden kemalangan dan melarikan dua kenderaan iaitu Perodua Kancil milik majikan serta motosikal milik orang awam.

Kejadian bermula apabila suspek melarikan kereta majikannya dari Bedong sebelum terlibat dalam kemalangan dengan Perodua Viva di Ambangan Heights.

Ketika orang ramai menghampiri tempat kejadian, suspek telah melarikan motosikal milik pengguna lain.

Susulan itu, kira-kira 10 kilometer dari lokasi pertama, suspek terbabas ke laluan bertentangan selepas melalui selekoh dan dilanggar lori yang datang dari arah bertentangan. Walaupun pemandu lori cuba mengelak, namun pelanggaran tidak dapat dielakkan.

Suspek mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Jalan 1987, Auto Terkini, kemalangan maut, Kes Curi Kereta, Perodua Kancil, Polis Daerah Kuala Muda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my