• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pelaksanaan Subsidi Bersasar RON95 Kini Bawah Tanggungjawab MoF

Pelaksanaan Subsidi Bersasar RON95 Kini Bawah Tanggungjawab MoF

May 20, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


KEMENTERIAN Ekonomi secara rasmi menyerahkan pelaksanaan penuh subsidi bersasar petrol RON95 kepada Kementerian Kewangan (MoF), menandakan langkah pelaksanaan semakin hampir.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan tanggungjawab itu sudah tidak lagi di bawah Kementeriannya dan keputusan pelaksanaan tertakluk kepada pengumuman MoF.

Langkah berkenaan mencerminkan pendekatan berpusat MoF dalam usaha penstrukturan semula subsidi sebagai sebahagian pembaharuan fiskal negara.

RON95 Bersasar: Siapa Dapat, Siapa Tak?

Sebelum ini, Rafizi pernah menyatakan penyasaran subsidi RON95 akan dilaksanakan dalam dua peringkat:

  • Front-end: Operasi di stesen minyak seperti integrasi sistem subsidi mengikut pengguna yang layak.
  • Back-end: Penentuan kelayakan penerima dalam golongan B85, iaitu 85 peratus rakyat Malaysia yang layak menerima subsidi.

Penilaian akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri untuk kelulusan sebelum pelaksanaan penuh dapat dilakukan.

Dalam perbincangan bersama MoF, dua peringkat pelaksanaan subsidi sudah digariskan yang mana Kementerian Ekonomi menguruskan aspek kelayakan bagi memastikan hanya golongan layak menerima manfaat subsidi bahan api.

Penjimatan RM8 Bilion untuk Negara

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2025 turut mengumumkan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dijangka bermula pertengahan 2025.

Langkah itu dijangka memberi penjimatan RM8 bilion kepada Kerajaan tanpa memberi kesan kepada 85 peratus rakyat Malaysia.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bahan api RON95, Datuk Seri Rafizi Razak, Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan (MOF), Rafizi Ramli, Subsidi Bersasar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my