• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aito 'Lemaskan' Jenama Automotif Premium Barat di China

Aito 'Lemaskan' Jenama Automotif Premium Barat di China

May 20, 2025 By Shawkath Leave a Comment

FacebookTwitter


RAMAI orang sudah ketahui, jenama automotif Barat kini sedang berdepan detik-detik kesukaran di China selepas bertahun-tahun meraih kegemilangan dan perolehan tinggi.

Buat masa ini, jualan kenderaan asing semakin merudum disebabkan pengguna beralih kepada jenama tempatan yang pantas berkembang. Terlalu pantas sehingga ada satu jenama baharu berjaya memintas BMW dan Mercedes-Benz pada tahun 2024.

Jenama itu ialah Aito yang tidak sepopular pesaing lain macam Chery, BYD, Zeekr atau Geely.

Aito lahir pada 2021 pada ketika Huawei berganding bahu dengan Seres Group, sebuah syarikat pernah terkenal dengan produk trak mini dan van mini yang menggunakan gril kidney (tiru BMW?).

Dua jenama China ini agak luar biasa memandangkan Huawei baru menyertai dunia kenderaan dan Seres pula belum pernah teribat dalam penghasilan kenderaan mewah. Peliknya, mereka boleh atasi kekurangan itu sehingga memintas BMW dan Mercedes-Benz.

Jumlah jualan Seres Group naik tiga kali ganda sepanjang tiga tahun kepada 427,000 unit menurut data yang dilaporkan Bloomberg, dan Aito ialah faktor utama kejayaan itu.

Atio menjual 151,000 unit kenderaan mewah tahun lepas dan menjadi jenama paling popular dalam segmen kenderaan mewah. BMW muncul ditangga kedua dengan 145,000 unit diikut Mercedes sebanyak 127,000 kenderaan.

Tempat keempat milik Land Rover dengan 50,000 unit dan Porsche masuk senarai kelima dengan kiriman 48,0000 unit kenderaan.

Salah satu kekuatan Aito ialah kebanyakan model yang dijualnya lebih rendah daripada julat harga kenderaan premium di China sekitar 500,000 yuan (RM296,850).

Laporan menyatakan Aito akan meneruskan momentum mendominasi segmen premium dengan pengenalan model-model menarik seperti M8 yang lebih kecil berbanding model M9.

aito m9 - 1
aito m9 - 2
aito m9 - 3
aito m9 - 4
aito m9 - 5
aito m9 - 6
aito m9 - 7
aito m9 - 8
aito m9 - 9

SUMBER: CarScoops

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aito, autoterkini, Roda4, SUV China

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev