• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RA 12209: Presiden Marcos Jr Mansuh Plat 'Doble Plaka' di Filipina, Denda Lebih Munasabah

RA 12209: Presiden Marcos Jr Mansuh Plat 'Doble Plaka' di Filipina, Denda Lebih Munasabah

May 19, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

Presiden Ferdinad Marcos Jr mansuh Akta 'Doble Plaka'
PRESIDEN Filipina, Ferdinand Marcos Jr secara rasmi menandatangani Akta Republik (RA) 12209, yang meminda RA 11235, untuk mengetepikan penggunaan plat tambahan, dipanggil 'doble plaka', ke atas motosikal yang diperkenalkan mantan Presiden Duterte hingga mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan komuniti penunggang.

Pindaan baharu itu disambut baik pelbagai pihak, termasuk Senator Francis Tolentino yang menyifatkan pelaksanaan RA 12209 sebagai kemenangan besar buat jutaan rakyat Filipina yang menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian.

Saya tinggalkan Dewan Senat dengan penuh rasa syukur kerana undang-undang ini akhirnya berpihak kepada rakyat," katanya.

Apakah Perubahan Penting RA 12209?

Antara perubahan utama dalam RA 12209 adalah:

  • Pemansuhan plat tambahan motosikal. Peraturan lama yang mewajibkan penggunaan plat depan tambahan kini tidak lagi berkuat kuasa.
  • Pengurangan kadar denda. Mereka yang menggunakan plat nombor palsu atau curi boleh dikenakan denda maksimum 20,000 peso (RM1,540), tanpa menjejaskan sebarang tindakan jenayah lain.
  • Jual beli secara ansuran lebih telus. Penjual diwajibkan menyediakan perjanjian bertulis menyatakan hak milik kekal di tangan mereka hingga bayaran penuh diselesaikan.
  • Laporan daripada pengedar. Semua pengedar dan penjual motosikal termasuk sektor jual-beli semula (buy-and-sell) perlu mengemukakan laporan tahunan unit dirampas. Kegagalan boleh dikenakan denda hingga 5,000 peso (RM385).
  • Larangan keras ke atas plat palsu. Mana-mana individu yang memadam, mengubah suai atau menggunakan plat motosikal palsu boleh dikenakan hukuman penjara antara enam bulan hingga dua tahun, denda maksimum 10,000 peso (RM770), atau kedua-duanya.

RA 12209 dilihat sebagai langkah proaktif ke arah memudahkan pemilikan motosikal, mengurangkan beban pengguna dan meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang di Filipina. Ini turut membuka ruang kepada sistem pendaftaran lebih efisien dan mesra pengguna, tanpa menjejaskan keselamatan jalan raya.

SUMBER: Carmudi.ph

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Akta Doble Plaka, Auto Terkini, Ferdinand Marcos Jr, motosikal, Plat Doble Plaka, Presiden Duterte, RA 12209

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my