• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Thailand Tahan 10 Pelancong Malaysia Berlumba Haram di Hatyai

Polis Thailand Tahan 10 Pelancong Malaysia Berlumba Haram di Hatyai

May 19, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Pelancong Malaysia berlumba haram di Hatyai kena tahan.
SEPULUH warga Malaysia, terdiri daripada enam lelaki dan empat wanita berusia antara 21 dan 37 tahun, didenda polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di daerah Hat Yai, selatan Thailand, Jumaat lalu.

Mereka dipercayai terlibat aktiviti lumba haram di kawasan berhampiran Bazaar Greenway selepas pihak berkuasa menerima aduan penduduk tempatan yang bimbang dengan keselamatan awam.

Penduduk Setempat Buat Aduan

Ketua Polis Kohong Hat Yai, Kolonel Polis Apichat Wannako berkata, insiden tersebut berlaku sekitar jam 1.30 pagi, dan laporan awal penduduk tempatan membawa kepada tindakan pantas polis untuk menyiasat aktiviti mencurigakan itu.

Siasatan mendapati enam kereta yang didaftarkan di Malaysia dan diubah suai digunakan dalam aksi pemanduan berbahaya tersebut. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis mengenal pasti dan menjejaki semua suspek.

Semua suspek mengakui kesalahan dilakukan dan masing-masing membayar denda 5,000 baht (RM650) sebelum dibebaskan Ahad lalu (semalam).

Polis turut mengingatkan pelancong supaya sentiasa mematuhi undang-undang Thailand bagi mengelakkan tindakan undang-undang di masa depan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bazaar Greenway, Hat Yai, Lumba Haram, Pelancong Malaysia Lumba Haram di Hatyai, Polis Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev