• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka

May 17, 2025 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


PENYEDIA pengecasan kenderaan elektrik (EV) terkemuka di Asia Tenggara, Charge+ melancarkan hab pengecasan EV terbesar di Ayer Keroh, Melaka.

Terletak di Amverton Heritage Resort, hab tersebut menjadi satu lagi nadi penting dalam pembangunan Lebuhraya EV sepanjang 5,000km yang bakal menghubungkan Singapura, Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam, iaitu pertama seumpamanya di Asean!

Enam Ruang Pengecasan, Lokasi Strategik 3 Minit dari Lebuhraya PLUS

Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh

Terletak hanya 3 minit dari Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), hab ini menampilkan empat pengecas pantas DC (120kW) dan dua pengecas AC yang menjadikan ia lokasi pengecasan EV paling lengkap di Ayer Keroh sebagai lokasi tumpuan antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Menariknya, kemudahan itu boleh diakses dari kedua-dua arah lebuh raya, sesuai untuk pemandu yang menuju ke utara atau selatan. Malah, lokasi dalam kawasan resort premium memberi peluang kepada pengguna menikmati rehat berkualiti sambil mengecas EV masing-masing.

Kerjasama Strategik Charge+, EV Edaran Luaskan Rangkaian ke Sabah dan Sarawak!

Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh

Sempena pelancaran itu juga, Charge+ mengumumkan kerjasama strategik dengan subsidiari Kumpulan Amverton, EV Edaran yang akan menumpukan kepada pembangunan infrastruktur pengecasan EV bukan saja di Semenanjung, tetapi turut diperluas ke Sabah dan Sarawak melalui hartanah milik syarikat berkaitan Sebangga Group.

Perincian pelan pembangunan rangkaian pengecasan di Malaysia Timur bakal diumumkan pada penggal kedua 2025.

Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Charge+, Goh Chee Kiong berkata;

Hab di Ayer Keroh ini bukan sahaja lokasi strategik antara KL dan Singapura, malah simbol komitmen kami untuk jadikan perjalanan jarak jauh dengan EV lebih mudah dan yakin."

Pengerusi EV Edaran, Datuk Ambrose Ng berkata;

Kami bangga menyokong Charge+ dalam usaha memperluas infrastruktur EV hingga ke Sabah dan Sarawak. Ia penting bagi mempercepatkan peralihan Malaysia ke arah mobiliti mampan."

Ke Arah 10,000 Pengecas EV Seluruh Malaysia Menjelang 2025

Inisiatif tersebut sejajar matlamat nasional untuk mencapai 10,000 unit pengecas EV menjelang 2025, dan memperkukuh peranan Charge+ sebagai pemain utama dalam revolusi EV Malaysia.

Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh
Charge+ lancar hab pengecas EV terbesar di Ayer Keroh

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Charge +, Datuk Ambrose Ng, EV Edaran, Goh Chee Kiong, Kenderaan Elektrik (EV), Pengecasan EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev