• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Kenderaan Elektrik (EV) / Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025 - Ikon Klasik Kembali Sebagai Penjelajah Elektrik Masa Depan

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025 - Ikon Klasik Kembali Sebagai Penjelajah Elektrik Masa Depan

May 17, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
RENAULT dilihat komited mengembalikan semula ikon klasik ke era moden dengan menawarkan Renault 4 dan Renault 5 serta Renault 5 Turbo 3E, iaitu versi moden kepada Renault 5 Turbo.

Renault juga dalam misi memperkenalkan Twingo dan Estafette Electric dalam versi elektrik penuh. Satu lagi trend pengeluar masa kini adalah mula serius bermain lumpur, atau lebih tepat mengeluarkan jip atau model pacuan empat roda (4x4).

Renault 4 Savane 4x4 Concept - Jip Elektrik Bergaya Retro untuk Penjelajah Moden

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025

Pengeluar dari Perancis itu juga tidak ketinggalan dengan memperkenalkan Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025, iaitu model konsep dan kereta demonstrasi yang direka khusus untuk gaya hidup aktif dan pengembaraan.

Projek tersebut memperlihatkan potensi platform AmpR Small dalam menghasilkan kenderaan elektrik (EV) segmen-B dengan sistem 4x4.

Nama ‘Savane’ Kembali Mengganas, Kini Dalam Versi Elektrik

Nama Savane sudah sinonim dengan peminat Renault sejak era 1950-an sebagai kenderaan aktiviti lasak dan gaya hidup luar bandar. Pada 1986, Savane meneruskan legasi itu dengan versi Renault 4 yang lebih santai, tetapi tetap bersedia untuk pengembaraan.

Spesifikasi Renault 4 Savane 4x4 - Siap Redah Lumpur dan Salji!

  • Jarak tinggi bumi Renault 4 Savane 4x4 Concept dipertingkat 15mm berbanding Renault 4 E-Tech elektrik biasa.
  • Tyar 18 inci Goodyear UltraGrip Performance+ 225/55 khas dengan rim Savane unik, manakala lebar jejak roda depan dan belakang bertambah 10mm setiap sisi.
  • Keistimewaan utama, motor elektrik kedua dipasang pada gandar belakang untuk menghasilkan sistem pacuan semua roda (AWD) yang sentiasa aktif.
  • Menawarkan kelincahan di laluan berlumpur, bersalji dan tidak rata, termasuk mampu meredah kondisi rupa bumi mencabar untuk aktiviti off-road.

Rekabentuk Luaran - Gabungan Gaya Retro dan Agresif Moden

 

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
  • Kemasan badan Green Jade (hijau), warna baharu yang menyerlahkan penampilan elegan melalui bampar dan gerbang roda hitam kilat.
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
  • Bumbung fabrik bercetak piksel menghasilkan efek penyamaran menarik.
  • Pelapik bampar depan dan belakang digantikan komponen cetakan 3D baharu dengan ciri menyerap hentakan.
  • Logo 4Savane eksklusif dapat dilihat pada sisi kenderaan, manakala pintu belakang menonjolkan identiti sebagai model 4x4.

Kabin Premium - Tekstil Halus, Jahitan Eksklusif dan Sentuhan Seni

Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
  • Rekaan kabin sofistikated dengan kerusi fabrik tekstil halus (TEP) warna Deep Brown (cokelat).
  • Atas penyandar belakang kerusi tertera corak jahitan angka '4' warna senada untuk sentuhan grafik menarik.
  • Corak houndstooth (empat bucu) memberikan kemasan bergaya pada trim sandaran belakang dan penguat sisi.
  • Papan pemuka juga dilapisi tekstil halus Deep Brown dengan sulaman mendatar hingga panel pintu pemandu dan penumpang.
  • Logo 4Savane yang diterangi pada jalur papan pemuka memberikan identiti khas model konsep itu.
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025
Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Renault, Renault 4, Renault 4 Savane 4x4 Concept, Renault 4 Savane 4x4 Concept 2025

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my