DARIPADA sejumlah model Lexus yang premium dan menonjol, LBX tampil istimewa sebagai model kompak dan paling kecil termasuk enjin hibrid 1.5 liter.
Kecil bukan sebarang kecil kerana dari model ini lahirnya LBX MORIZO RR yang menggunakan enjin G16E-GTS 1.6 lilter tiga silinder turbo dengan 304 ps dan 400Nm.
LBX pada asalnya direka untuk mencabar persepsi tradisional kereta mewah dengan menawarkan pemanduan dan reka bentuk berkualiti tinggi dalam saiz yang lebih kompak.
Sejak pelancarannya pada Disember 2023, LBX telah mencapai jualan kira-kira 65,000 unit di lebih 60 negara dan wilayah.
Kini ada varian baharu untuk Jepun iaitu LBX Active dan sudah boleh didapati di semua pengedar Lexus di Jepun.
Penambahbaikan Pemanduan dan Kesenyapan LBX 2025
Untuk penambahbaikan kali ini, Lexus menjalankan ujian lebih mendalam di pusat ujian Toyota Technical Center Shimoyama (TTC-S) yang mula beroperasi sepenuhnya sejak Mac 2024.
Ujian dilakukan di litar yang mensimulasikan pelbagai jenis permukaan jalan mencabar dari seluruh dunia, bagi memperhalusi lagi aspek pemanduan dan kesenyapan kabin.
- Saiz silinder penyerap hentak belakang dibesarkan dan kadar redaman serta stereng kuasa elektronik (EPS) dioptimumkan, membolehkan penyerap hentakan menyerap hentakan dengan lebih lembut ketika melalui permukaan tidak rata atau bonggol serta mengurangkan getaran. Ini meningkatkan kestabilan pengendalian dan keselesaan pemanduan.
- Pergerakan kenderaan dalam arah hadapan dan belakang yang berkaitan dengan gandar depan dikawal untuk mengurangkan bunyi jalan.
- Semua model kini dilengkapi sistem Active Noise Control (ANC) sebagai ciri standard.
- Bahan penyerap bunyi tambahan dipasang pada bahagian fender bagi menekan bunyi enjin, sekali gus meningkatkan tahap kesenyapan kabin.
LBX Active dengan ciri sporty
- Pilihan warna luaran dan dalaman yang menonjolkan konsep sporty.
- Enam pilihan warna badan disediakan, termasuk gabungan Red Spinel & Black yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam program Bespoke Build.
- Warna dalaman menampilkan kombinasi hitam dengan jahitan merah, manakala kerusi menggunakan bahan L tex yang tahan lama, berfungsi dan memberikan rasa sentuhan yang selesa.
- Pelanggan boleh memilih daripada pelbagai warna termasuk Cool, Relax, dan Elegant mengikut citarasa masing-masing.
Spesifikasi Rangkaian Kuasa
- Jenis Enjin: M15A-FXE. 1,490 cc, 3-Silinder Sebaris, turbo
- Kuasa: 91 ps / 5,500 rpm, 120Nm/ 3,800-4,800 rpm
- Jenis Motor Depan: Motor Synchronous AC (1VM)
- Output Maksimum Motor Depan: 69 kW (94 PS)
- Tork Maksimum Motor Depan: 185Nm
- Jenis Motor Belakang (Model AWD): Motor Synchronous AC (1MM)
- Output Maksimum Motor Belakang (Model AWD): 4.7 kW (6.4 PS)
- Tork Maksimum Motor Belakang (Model AWD): 52 Nm
- Jenis Bateri Utama: Nikel-metal hidrida
- Voltan Bateri Utama: 28.8 V
- Kapasiti Bateri Utama: 5 Ah
- Transmisi: e-CVT
Varian dan Harga:
Bespoke Build
- 2WD (FF): ¥5,500,000 (RM161,782)
- AWD (E-Four): ¥5,760,000 (RM169,437)
Cool
- 2WD (FF): ¥4,600,000 (RM135,308)
- AWD (E-Four): ¥4,860,000 (RM142,964)
Relax
- 2WD (FF): ¥4,600,000 (RM135,308)
- AWD (E-Four): ¥4,860,000 (RM142,964)
Active
- 2WD (FF): ¥4,400,000 (RM129,423)
- AWD (E-Four): ¥4,660,000 (RM137,079)
Elegant
- 2WD (FF): ¥4,200,000 (RM123,539)
- AWD (E-Four): ¥4,460,000 (RM131,195)
Leave a Reply