DUA nama besar dalam industri pengecasan kenderaan elektrik (EV), KINETA Sdn Bhd dan Charge+, mengumumkan kerjasama strategik sempena Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di Tapak Ekspo Pertanian Serdangn Malaysia (MAEPS), Serdang.
Melalui kerjasama itu, KINETA akan menjadi penyedia utama infrastruktur pengecasan bagi membantu Charge+ memperluas rangkaian di Malaysia. Kedua-dua syarikat juga akan bekerjasama dalam tender skala besar dan menyediakan akses pengecasan rentas platform bagi membolehkan pengguna menggunakan aplikasi dari mana-mana pihak untuk mengecas di kedua-dua rangkaian.
KINETA Tawar Sokongan Selepas Jualan, Charge+ Kendali Lebih 3,000 Poin di Enam Negara Asean
KINETA, yang berpangkalan di Malaysia dan Hong Kong sudah memasang lebih 6,000 pengecas EV di lokasi kediaman dan komersial, dengan lebih 9,000 unit terjual. Dikenali dengan pasukan jurutera bertauliah ST, KINETA juga menawarkan sokongan penuh selepas jualan, termasuk perkhidmatan teknikal dan jaminan.
Sementara itu, Charge+ yang berasal dari Singapura, kini mengendalikan lebih 3,000 poin pengecasan di enam negara Asean dengan mensasarkan untuk membina 30,000 poin pengecasan menjelang 2030, termasuk lebuh raya pengecasan DC sejauh 5,000km merentasi rantau ini.
Kerjasama KINETA dan Charge+ Percepat Peralihan Mobiliti Bersih
Pengarah Urusan KINETA, Sunny Lee berkata, kerjasama ini akan mempercepat peralihan kepada mobiliti bersih dan menjadikan pengecasan EV lebih mudah diakses.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Charge+, Goh Chee Kiong pula menekankan kepentingan usahasama dalam mengurangkan 'range anxiety' dan menyediakan pengalaman pengecasan lebih lancar.
Dengan jualan EV di Malaysia dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2030, kerjasama itu hadir tepat pada masa untuk menyokong pertumbuhan tersebut, sejajar aspirasi negara ke arah masa depan lebih lestari.
Leave a Reply